TUTORIAL MENCIPTA BORANG
Mencipta & Menggunakan BORANG (FORMS).
Untuk permulaan, kita lihat satu BORANG yang menggunakan kebanyakan ciri-ciri sesuatu Borang, dengan kod yang yang dilaksanakan oleh setiap ciri yang ditunjukkan secara huruf tebal di bawah nya.
Pertamanya, BORANG akan dimulai dengan tag FORM . Untuk penerangan berkenaan METHOD dan ACTION, lihat bahagian akhir bab ini.
Sekarang, lihat TEXT FIELD:
Name:
Name:
Name ialah apakah isi medan teks akan digelarkan di dalam penghantaran borang . Value ialah teks mantap yang akan muncul di dalam medan teks (Jika ada). Size ialah berapa besar kotak yang akan muncul di halaman (selebar berapa banyak huruf). Maxlength ialah bilangan huruf yang maksima yang boleh dimasukkan di dalam medan teks.
Sekarang pada bahagian TEXT AREA:
Tuliskan komen/pandangan anda:
<Textarea Name="Komen" Rows=4 Cols=70> </TEXTAREA>
Name ialah nama isi-isi yang akan dipanggil dalamasa penghantaran borang . Baris dan Lajur (Rows and columns) menerangkan saiz `text area'.
BUTANG RADIO, (RADIO BUTTONS) namanya, mengizinkan pilihan dari apa yang dipaparkan.
Sistem Operasi:
Windows 3.1
Windows for Workgroups 3.11
Windows 95
Sistem Operasi
Windows for Workgroups 3.11
Windows 95
Dalam kes ini sekali lagi, name ialah hasil yang akan dipanggil masuk di dalam penghantaran borang, kecuali dalam hal sebegini, anda perlu mengetahui bahawa kesemua butang-butang dalam kumpulan yang serupa mesti mempunyai nama yang serupa. Value ialah apa yang dikandungi oleh penghantaran borang tatkala butang ini dipilih. DIPILIH (CHECKED) menunjukkan butang mantap (jika ada). Dalam kes butang radio sebegini, hanya satu pilihan yang dibenarkan.
Kotak Pilihan membenarkan pengguna satu atau banyak pilihan.
Saya menggunakan browser-browser ini:
Netscape 3.0
Explorer
Mosaic
Cello
Saya menggunakan browser-browser ini:
Explorer
Cello
Name ialah apakah output untuk setiap kotak pilihan itu digelarkan semasa ianya dikembalikan Kesemua kotak pilihan di dalam satu-satu kumpulan tidak boleh mempunyai nama yang sama,kerana hasil tiap-tiap satu kotak terpilih adalah dikembalikan. CHECKED menentukan pilihan mantap di dalam kotak.
Pilihan lis tarik-bawah digunakan untuk membuat satu pilihan tertentu
Umur saya:
My age: <SELECT NAME="age">
<OPTION>Bawah 18
<OPTION>18-25
<OPTION SELECTED>25-50
<OPTION>Melebihi 50
</SELECT>
Name ialah output daripada pilihan tarik-bawah yang akan dipanggil di dalam pengembalian borang..
LIS PILIIHAN boleh juga digunakan untuk memilih lebih dari satu item.
Saya boleh dihubungi dengan: (Jangan lepaskan butang CONTROL untuk memilih lebih dari satu)
Saya boleh dihubungi dengan: (Jangan lepaskan butang CONTROL untuk memilih lebih dari satu)
<SELECT NAME="contact" MULTIPLE SIZE=4>
<OPTION SELECTED>Telefon
<OPTION>Email
<OPTION>Pos Laju
<OPTION>Faks
<OPTION>Pager
<OPTION SELECTED>Telegram
Jika multiple diselitkan di dalam tag, bererti lebih dari satu pilihan dibenarkan. Size mengawal berapa banyak pilihan yang akan dipaparkan pada lis.
Item-item diatas adalah biasa digunakan didalam menulis input. Sekarang izinkan penjawab untuk membersihkan borangnya atau menghantarkannya dengan butang-butang tertentu.
Value ialah teks yang akan muncul pada butang berkenaan. Saiz butang akan berubah mengikut keperluan teks.
Jangan lupa untuk menutup borang dengan tag.
TATACARA(METHOD) DAN TINDAKAN(ACTION)
Buat masa ini, cuma ada satu METHOD, iaitu POST, jadi jangan dileret-leretkan hal ini berpanjangan.
Terdapat dua kemungkinan ACTION untuk borang-borang, tetapi hanya satu yang ada untuk para pengguna.
ACTION="nama fail" akan menjanakan penghantaran borang kepada satu fail .exe atau skrip yang terdapat pada server, yang akan memproses penghantaran serta akan melakukan sesuatu dengan keputusan itu, lazimnya menuliskan semula ke atas skrin dalam bentuk HTML. Contohnya apabila anda melakukan Carian InfoSeek, anda memasukkan input di dalam satu borang . Ia akan di berikan kepada satu program pengkalan data, yang melaksanakan carian data-data dan kemudian memaparkannya ke atas skrin apakah hasil cariannya. tetapi kebanyakan server tidak mengizinkan kita menggunakan cara ini atas sebab-sebab kerahsiaan maklumat.
Pilihan kedua ialah ACTION="mailto:alamat email". Yang ini boleh didapati untuk sesiapapun. Dalam kes ini, penghantaran borang oleh penjawab akan diemelkan kepada alamat yang tertera. Jadi apakah itu "Penghantaran borang"? Saya telah memasukkan borang contoh di atas dan menghantarkan ke alamat emel saya sendiri. Begini hasilnya:
name=ZULKIPLY+HARUN&Komen=Ini+dimasukkan+di+dalam+TEXT+AREA.%0D%0A &sistem operasi=win3.1&wordprocessor=on&database=on&Umur=25-50&Hubung=Email &Hubung=Fax
Apa tu? Ya, ia tidak jelas. Tukar + kepada satu jarak, gantikan setiap & dengan tekan butang ENTER, dan tafsirkan kesetiap % dengan nilai ASCII sepadan, dan itulah hasilnya!
Sekarang ini terdapat satu program yang boleh menterjemahkan setiap kandungan isi mailto dengan mudah. Mailto: Formatter ialah program yang dimaksudkan.Terima kasih kepada penciptanya kerana menjadikan tugas kita bertambah mudah. Sila tekannya untuk mendapatkan sekarang, jika mahu!
Untuk maklumat lanjut tentang borang silalah ke:
Form Help atau
Matt's Script Archive
Pel 1 Pel 2 Pel 3 Pel 4 Pel 5 Pel 6 Indeks
TUTORIAL ASAS HTML
[Tutorial Jadual] [Tutorial Borang] [Tutorial Bingkai] [Tutorial Pemetaan Imej]
[Java & Javaskrip] [Muzik Latarbelakang] [Sumber Lain]
ZULKIPLY HARUN'S ONLINE PORTFOLIO