ASAS HTML
Pelajaran 4


Kita akan belajar tentang capaian (links).

Ia amat mudah. Kita akan membuat satu capaian ke ummah2u.com.
Mulakan begini...

 <BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Pergi ke Yahoo!
</BODY>

Pergi ke Yahoo!


Kemudian masukkan tag-tag "anchor".

 <BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Pergi ke <A>Yahoo!</A>
</BODY>

Pergi ke Yahoo!


Kemudian masukkan URL dan siap (URL bermaksud Universal Resource Locator, iaitu satu alamat khusus untuk sesuatu server di mana terletaknya fail-fail internet).

 <BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Pergi ke <A HREF="http://www.ummah2u.com/">Ummah2u!</A>
</BODY>

Pergi ke Ummah2u!


Cuba kita lakukan sekali lagi.

 <BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Pergi ke Jaring!
</BODY>

Pergi ke Berita Harian!


<BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Pergi ke <A HREF="http://www.bharian.com.my/">Berita Harian!</A>
</BODY>

Pergi ke Berita Harian!


Satu capaian supaya pelawat boleh terus menulis email dari browser mereka ialah dengan menggunakan mailto.

 <BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Sila hantar <A  HREF="mailto:mail@zulkiplyharun.com">E-Mail!</A>
</BODY>

Sila hantar E-Mail!


Kita boleh menjadikan sesuatu imej sebagai objek capaian. Selain dari menggunakan perkataan 'Pergi ke Utusan!' seperti contoh tadi, kita gantikan dengan tag <IMG> untuk perkataan Utusan!

 <BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Pergi ke <A HREF="http://www.utusan.com.my/"><IMG SRC="zura.jpg" WIDTH=82 HEIGHT=68></A>
</BODY>

Pergi ke 


Satu soalan yang sering diaju kepada saya ialah bagaimana nak hilangkan border biru yang mengelilingi imej berkenaan bila ianya dijadikan capaian? Mudah!

 <BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Pergi ke <A HREF="http://www.utusan.com.my"><IMG SRC="zura.jpg" WIDTH=82 HEIGHT=68 BORDER=0></A>
</BODY>

Pergi ke 


Apabila anda memasukkan imej ke dalam homepej anda, sentiasa ingat bahawa imej yang besar dan berat akan menyebabkan kebosanan para pengunjung kerana ia mungkin mengambil masa yang panjang untuk dibawa turun. Satu cara untuk `meringankannya' ialah dengan mengecilkan dimensinya atau mengurangkan warnanya. Berikut ialah beberapa:
 
 

Dimensi 310 x 315
# warna- 256
Saiz - 62.9 Kb
 
 
Dimensi 207 x 210
# warna- 256
Saiz- 31.3 Kb
Dimensi 207 x 210
# warna- 64
Saiz - 20 Kb

Pengeditan imej dilakukan dengan menggunakan Adobe Photoshop


 

Kita saksikan sudah, yang pertama imejnya besar, cantik dan lebih baik mutunya, namun... seandainya laman anda terlalu lama untuk di bawa turun oleh para pengunjung, mereka akan bosan, malah serik untuk datang lagi ke halaman anda. Justeru itu berpada-padalah dengan imej.

Satu cara lagi yang boleh dilakukan jika anda mempunyai banyak gambar/imej yang hendak ditunjukkan ialah dengan mewujudkan thumbnails (gambar kecil) yang apabila diklikkan akan membawakan gambar/imej besar.
 


Klik di atas thumbnail untuk melihat imej yang lebih besar

Perkara pertama yang harus anda lakukan ialah menggunakan pengedit imej untuk menghasilkan imej bersaiz kecil (namakan dengan nama baru). Anda boleh gunakan Adobe Photoshop, Corel Photopaint, PaintShop Pro atau mana-mana program grafik yang sesuai untuk melakukan tugasan tersebut.

 Kita ambil satu contoh iaitu kereta berwarna biru tadi dan setelah ianya dikecilkan namakan dengan satu nama yang baru. Jangan gunakan nama lama, nanti fail itu akan hilang kerana digantikan dengan imej baru.

 Mula dengan tag <IMG>.

 <BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
<IMG SRC="car1a.gif" WIDTH=87 HEIGHT=60>
</BODY>



Kemudian masukkan tag </A>.

 <BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
<A><IMG SRC="car1a.gif" WIDTH=87 HEIGHT=60></A>
</BODY>



Dan terus tambahkan URLnya. Siap!

 <BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
<A HREF="car1.jpg"><IMG SRC="car1a.gif" WIDTH=87 HEIGHT=60></A>
</BODY>



Seperti tadi, anda boleh hilangkan kotak biru yang mengelilingi kereta tersebut.

 <BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
<A HREF="car1.jpg"><IMG SRC="car1a.gif" WIDTH=87 HEIGHT=60 BORDER=0></A>
</BODY>



Seperkara lagi untuk membuat sambungan dan capaian ialah capaian bukan kepada satu halaman baru penuh tetapi kepada hanya bahagian tertentu di dalam sesuatu halaman. Klik di sini yang akan secara automatis membawa anda ke bahagian di mana kita mula-mula membicarakan soal URL. Untuk memudahkan pemahaman saya akan kemukakan melalui contoh-contoh.

 Pertama tentukan tempat mana yang anda ingin bawa pengunjung. Pilih satu perkataan di situ dan masukkan ke dalam tag <A>.

 <A>Masukkan</A> URLnya dan anda selesai melakukannya!


Kemudian berikan tempat itu satu nama khas.

 <A NAME="upabit">Masukkan</A> URLnya dan anda selesai melakukannya!

Apa yang telah anda lakukan ialah menentukan tempat pengunjung hendak dibawa. Sekarang ianya boleh dirujukkan.


Sekarang mula membina capaiannya.

 Klik <A>di sini</A> untuk dibawa secara automatis...


Dan masukkan dokumen yang hendak dirujukkan...

 Klik <A HREF="pel4.html">di sini</A> untuk dibawa secara automatis...


Dan akhir sekali, masukkan `anchor  NAME' seperti contoh tadi  ...

Klik <A HREF="pel4.html#upabit">di sini</A> untuk di bawa secara automatis...

Dan itu saja!


 

LATIHAN ULANGKAJI

 

1.               Buka satu fail baru di Notepad dan taipkan kod-kod berikut :-

 

<HTML>
<HEAD>
<TITLE>
Ulangkaji Pelajaran 4
</TITLE>
</HEAD>
<BODY BACKGROUND="swirlies.gif">
<H1 ALIGN="center">ULANGKAJI PELAJARAN 4</H1>
<br>
<br>
<FONT COLOR="#FF0000" FACE="ARIAL" SIZE="4">Di halaman ini saya akan cuba untuk membuat pelbagai <b>capaian.</b></FONT> 
<br>
<br>
<A HREF="http://www.tm.net.my/">Laman Web TMNET</A><br>

<A HREF="http://www.jaring.my/">Laman Web Jaring</A><br>
<A HREF="http://www.utusan.com.my/">Laman Web Utusan </A><br>
<A HREF="http://www.jaring.my/bharian">Laman Web Berita Harian</A><br>
<A HREF="http://www.thestar.com.my/">Laman Web The Star</A>
<br>
<br>
Pergi ke <A HREF="http://www.geocities.com/~zulhar">
<IMG SRC="zura.jpg" BORDER=0></A>

<br>
<br>

<FONT COLOR="#000000" FACE="ARIAL" SIZE="4"><I>Itulah capaian-capaian awal yang dapat saya paparkan di peringkat oermulaan ini </I></FONT>
<br>
<br>
<center>
Semuga berjaya hendaknya!
</center>
</BODY>
</HTML>

2.               Simpan fail anda dan namakan sebagai “fail4.html” dan lancarkan di browser

3.        Cuba klikkan semua capaian yang terdapat di halaman berkenaan, termasuk        pada imej zura.jpg. (Pastikan internet anda telah terpasang).

 

 


 
Pel 1 Pel 2 Pel 3 Pel 4 Pel 5 Pel 6 Indeks
TUTORIAL ASAS HTML

[Tutorial Jadual] [Tutorial Borang] [Tutorial Bingkai] [Tutorial Pemetaan Imej]
[Java & Javaskrip] [Muzik Latarbelakang] [Sumber Lain]

ZULKIPLY HARUN'S ONLINE PORTFOLIO