ZUL W3C COMPLIANCE NUKE
                                                                                                  

7px
  Login / Daftar Ahli
::  Home •  Download  •  Your Account  •  Forum  •  E-Cards  •  Zul Map  •  AlQuran 
7px
7px
hdr Choose Language hdr
Select Your Language:

English Malaysian
Welcome to my website.
Your information

IP
For security purposes,
all activities are logged.
ftr spacer ftr
hdr Terjmhn- Translate hdr
ftr spacer ftr
hdr Susunan Menu hdr
home.ico Utama - Main

som_downloads.gif Interaktif - Interactive
kumpulan Buku Pelawat - Guestbook
kumpulan Maklumbalas - Feedback
kumpulan Akhbar
kumpulan Forum
kumpulan Mesej - Private Message
kumpulan Kirim Berita - Submit News

kumpulan Link To Us
kumpulan Pautan - Weblinks
kumpulan Kajiselidik - Surveys
dunia.ico Khidmat - What's Here
kumpulan Muat Turun - Download
kumpulan Peralatan PHPNuke
kumpulan Guistuff
kumpulan Webtoolsbaru
kumpulan Tips & Panduan

kumpulan Zul E-Kad
kumpulan Zul Ascii
kumpulan Zul Webcam
kumpulan Zul MAP
kumpulan Zul Traffic

kumpulan Akhbar
kumpulan Buttons
ftr spacer ftr
hdr Ayat Quran hdr

Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi..

AL ARAAF:178

LPZH

ftr spacer ftr
hdr Ruang Sembang hdr

Only registered users can shout. Please login or create an account.
ftr spacer ftr
hdr Tukaran Matawang hdr


Tukaran Wang Asing pada waktu semasa ialah:

Unit

Daripada

Kepada



ftr spacer ftr
hdr TV Internet hdr
Anda sedang menyaksikan:
Belum Ada Pilihan Lagi




Ke Laman TV Internet
© LPZH
ftr spacer ftr
hdr Radio Internet hdr
Pilih Stesyen Anda:
Terdapat 20 stesyen kesemuanya

002a


Buka di window lain

© ZUL W3C COMPLIANCE NUKE
ftr spacer ftr
hdr Random Headlines hdr

Research
[ Research ]

·Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut
·Memilih Nama Bayi
·Pengalaman Pahit Menggunakan ALEXA TOOLBAR
·Alternatif Kepada Internet Explorer
·Perang Browser
·Bah Melayu Dlm Era Teknologi Maklumat
·Teori Einstein Akan Berubah?
ftr spacer ftr
hdr MP3 Player hdr


Klik > untuk memulakan MP3 dan >> menukar lagu

Buka Di Window Lain
ftr spacer ftr
hdr Pautan -Weblinks hdr
Jumlah Pautan: 118
Jumlah Kategori: 10
Jumlah Hits: 190661

Pautan Terkini
· 1: e-informasi.com
· 2: Lawak Jenaka Online
· 3: Ustaz Melaka.Net
· 4: Forum Komuniti Radio Amatur Kuala Krai
· 5: Pelajari Perisian Sumber Terbuka

Hits Tertinggi
· 1: Forum Komuniti Radio Amatur Kuala Krai
· 2: Sek Keb Taman Kosas
· 3: PHP Malaysia
· 4: TranungKite
· 5: Bukitbesi.net

Pautan web

ftr spacer ftr
hdr LPZH WAP Access hdr
AKSES LPZH MELALUI WAP.

hpLPZH kini boleh diakses dari Telefon WAP di alamat
wap.zulkiplyharun.com

ftr spacer ftr

hdr Alternatif Kepada Internet Explorer hdrr
Dikirim pada Tuesday 23-05-2006 13:03 oleh administrator
ResearchIE 7.0 telah masuk ke peringkat ujian beta kedua. Saya tidak berharap bahawa peluncur internet akan menggunakan E7.0 ini kerana untuk memperolehi IE 7.0 anda perlu mempunyai perisian Windows yang TULEN.

Pada hujung minggu lalu, saya berkesempatan menguji beberapa browser. Selain dari menguji Netscape 8.0, Opera 9.0, Mozilla dan Firefox terkini, saya berkesempatan menguji beberapa browser yang menggunakan enjin IE dan mempunyai ciri-ciri menarik seperti TAB BROWSING, ADD BLOCKER, ROBOFORM dan sebagainya. Browser yang diuji ialah Maxthon, SlimBrowser, Avant Browser dan K-Meleon.


MAXTHON

Browser Maxthon ini amat menarik perhatian saya. Oleh kerana saya suka meluncur banyak website secara serentak, maka saya amat selesa dengan ciri tab browsing yang ada pada Maxthon. Kita boleh membuka beberapa website secara serentak dengan menggunakan tab dan tab-tab ini boleh pula disusun mengikut kehendak kita samada sejajar, cascading, melintang atau menegak.



Selain itu, Maxthon menawarkan beberapa "skin" yang menarik dan saya memilih Noia yang biasa saya gunakan di Firefox.Ia menggunakan resource yang sedikit berbanding browser-browser lain. Saya melihat kepada Windows Task Manager dan benar ia hanya menggunakan tidak sampai 15,000K memori yang pada masa yang sama IE telah menjangkau 30,000K dan Firefox 50,000K.

Maxthon ini juga dilengkapi dengan beberapa plugin menarik. Di samping itu terdapat Utiliti Luaran yang boleh dipanggil melalui browser ini seperti My Computer, Add/Remove Program, Notepad, Paint dan Regedit. Terdapat juga sebuah ikon kecil di bawah bernama Simple Collector yang membolehkan kita membuat catatan ringkas mengenai website yang dilawati seperti fungsi clipboard dan boleh disimpan. Kita boleh mendapat malumat Whois dan Alexa Rating sesuatu website dengan hanya mengklik butang kanan tetikus. Selain itu Maxthon membenarkan kita melayari lamanweb dengan selamat daripada dikesan (menggunakan Anonymizer).

Auto-refresh terpasang di browser ini. Kita boleh tentukan berapa masanya (dalam ssat) sesuatu tab itu akan direfresh semula. Ini akan menyebabkan kita dapat membaca kiriman-kiriman terbaru di dalam foum, shoutbox dan lain-lain secara automatik tanpa perlu refresh secara manual.

ZDNET, Nonags dan Softpedia masing-masing memberikan 5 bintang kepada browser ini.


SLIMBROWSER


Saya juga menguji SlimBrowser. Ia mempunyai ciri yang hampir sama dengan Maxthon di atas. SlimBrowser sekarang diedarkan secara percuma. Ia sebuah browser yang amat cepat dan berupaya untuk membuka sehingga 180 website di dalam satu masa!



Selain itu Slimbrowser di lengkapi dangan fungsi Site Filter dan fungsi Carian dari pelbagai sumber. Auto-refresh juga disediakan sebagai satu plugin siap-terpasang.

Sama seperti Maxthon, kita boleh terus mendapatkan maklumat Whois dan Alexa Ranking tentang sesuatu website dengan hanya memilih dari menu butang kanan.

Dan yang paling saya suka tentang Slimbrowser ini ialah "skin"nya yang menarik..

AVANT BROWSER

Saya juga sempat menguji Avant Browser. Saya tertarik kepada dakwaannya sebagai Avant Browser is "the fastest web browser on Earth".

Setelah mencubanya, saya tidak hampa. Benar ia cepat. Fungsi-fungsi yang ada pada Maxthon dan Fastbrowser di atas juga dimiliki oleh Avant. Ia membolehkan tab browsing, cascade, horizontal dan vertical. Kalau Maxthon dan Fastbrowser menjadikan Google sebagai enjin pencari mantap, maka Avant memilih Yahoo.



Satu perkara yang menarik di browser ini ialah ciri keselamatannya. Ia tidak membenarkan sebarang program, skrip atau kod yang melalui browser ini di website-website tertentu untuk mengakses komputer kita. Selain itu terdapat fungsi Safe Recovery dimana jika browser tertutup dengan sendiri sewaktu kejadian cemas, maka website yang terkahir kita layari akan disimpan dan dipaparkan apabila kita membuka semula Avant ini.

Ia juga mempunyai skin, malah mempunyai Skin Makernya sendiri. Terdapat lebih 20 skin yang tersedia untuk dipilih. Dilengkap dengan ciri Auto-Refresh yang amat berguna. Saya menggunakan Avant Browser ini mengantikan IE.


K-MELEON

K-MELEON adalah sebuah web browser yang ringan yang diasaskan kepada Gecko (enjin yang terpakai di Mozilla), amat laju dan mempunyai antara-muka yang boieh diubahsuai. K-Meleon di bina dengan akitektur plugin yang amat berkuasa yang mengizinkan kita menambah plugin menikut selera dan keinginan kita.

K-Meleon dikeluarkan dibawah lesen GNU General Public. Favorites kita akan diimpot secara automatik apabila kita memasang K-Meleon. Sebarang plugin Mozilla plugins (Shockwave, Adobe dll.) boleh berfungsi apabila ianya disalin ke folder plugin di bawah K- Meleon. Makros boleh diaktifkan, non aktifkan dan diubahsuai. K-Meleon membenarkan kita mengawal cookies. Berkeupayaan untuk mengawal pop-up dan mempunyai tab browsing (dikenali sebagai layer di dalam K-Meleon) yang baik. Diantara ciri unik layer k-meleon ialah kita boleh panggil semula layer yang dah tersalah tutup.



Skinnya banyak telah dibina dan boleh diperolehi di SINI. Pada awalnya saya bermasalah untuk melayari lamanweb yang ada mengandungi Flash, tetapi setelah mengintall semula Flash Player terkini dari Macromedia, segala-galanya kini berjalan lancar dan selesa.

Terus terang saya nyatakan bahawa saya amat menyukai K-Meleon ini dan kini saya menjadikan browser ini sebagai browser utama saya menggantikan Firefox. Kerana loadingnya dan rendering sesebuah lamanweb lebih cepat menggunakan K-Meleon berbanding dengan mana-mana web browser yang lain.

Saya tidak bersendirian dalam hal ini. Baca ulasan orang lain tentang K-MELEON ini di SINI

Setelah menguji keempat-empat browser tersebut, saya berpendapat bahawa IE7.0 sudah tidak perlu kerana apa yang IE7.0 tawarkan telah pun ada di dalam mana-mana browser di atas.

Malah browser seperti Slimbrowser jauh lebih baik dari IE7.0 yang saya uji kini. Tak tahulah kerana IE7.0 final edition belum lagi dikeluarkan hingga saat ini. Hingga saat ini saya menggunakan Slimbrowser menggantikan IE dan K-Meleon menggantikan Mozilla/Fuirefox. Pilihan saya adalah berdasarkan kepada kepantasan kedua-dua browser ini, almaklum kerana saya memang kurang sabar di dalam menunggu sesebuah lamanweb itu untuk muncul di browser.

Meskipun saya masih gemar Firefox 1.5.0.3 untuk melayari internet, namun saya tidak dapat menyangkal kehebatan browser-browser diatas yang menyebabkan saya lebih banyak menggunakan K-Meleon dan Slimbrowser.

Saya kini sedang membaik pulih browser saya ZUL EXPLORER. Doakan saya berjaya!

ftrl spacer ftrr""
 
hdr Related Link hdr
· More about Research
· News by administrator


Most read story about Research:
Bah Melayu Dlm Era Teknologi Maklumat

ftr spacer ftr
hdr Please take a second and vote for this article: hdr
Average Score: 4.66
Undi: 3


Please take a second and vote for this article:

Luar Biasa
Sangat Bagus
Bagus
Biasa
Jelek

ftr spacer ftr
hdr Options hdr

 Printer Friendly Printer Friendly

ftr spacer ftr
hdr hdr
"Alternatif Kepada Internet Explorer" | Login/Daftar | 3 komen | Cari diskusi
Isi komentar adalah tanggung jawab pengirimnya.
hdr hdr hdr

hdr hdr
Anda tidak dibolehkan mengirim komentar, silakan daftar di sini
hdr hdr hdr

hdr hdr
Re: Alternatif Kepada Internet Explorer (Nilai: 1)
oleh Kirana pada Tuesday 23-05-2006 22:27
(Info Anggota | Kirim Pesan)
Hmm, sebagaimana abg zul telah melakukan ujian terhadap beberapa browser di atas. Acik sendiri telah menjadikan avant browser sebagai main browser kegunaan acik seharian.. selain dari unsur keselamatan tersebut.. ia juga mepunyai ciri-ciri seperti browser Maxthon yg baru acik ketahui hari ini yg mana kita boleh menelusuri laman web dgn jumlah berbilang tanpa perlu menyemakkan ruangan taskbar kerana ini menempatkan laman web berbilang dalam browser tersebut.. ini yg saya suka mengenai avant browser... tak salah utk mencuba


hdr hdr hdr

hdr hdr
Re: Alternatif Kepada Internet Explorer (Nilai: 1)
oleh mas pada Wednesday 24-05-2006 00:15
(Info Anggota | Kirim Pesan)
Banyaknye broser, saya yang satu ni pun tak habis pakai. Rupanya ada lagi banyak browser.... emmm. Baru download sume... best sgt sumenya...ni browse guna Slimbrowser. Nak knea benchmark satu-satu ni.



hdr hdr hdr

hdr hdr
Re: Alternatif Kepada Internet Explorer : Brouser nie boleh ke install kat linux (Nilai: 1)
oleh wahdaz pada Wednesday 04-07-2007 09:21
(Info Anggota | Kirim Pesan)
Cikgu, saya dah download beberapa installer brouser di atas tu.
Tapi fail dia .exe dan tak boleh nak install dalam linux.
Saya gunakan ubuntu, adakah memang tak boleh atau
saya perlu gunakan kod arahan untuk install?


hdr hdr hdr
Valid HTML 4.01 Transitional Valid CSS! Valid HTML WDG [Valid RSS] [Valid Atom 1.0]
All trademarks and copyrights held by respective owners. Member comments are owned by the poster.
All the rest © 2004-2006 ZULKIPLY HARUN.

Copyright © 2005 by Francisco Burzi.
This is free software, and you may redistribute it under the GPL.
PHP-Nuke comes with absolutely no warranty.

Top 100 PHPNUKE

Penjanaan halaman: 0.67 Saat
NukeMalaysia by Zulkiply Harun

Add to My Yahoo! Add to Google Add To My MSN Subscribe in NewsGator Online xml-rss
[Valid RSS] [Valid RSS] [sitemap] [mcafee]
§§ Theme Athena for PHPNUKE by LPZH