 |
Melayu Singapura Ditekan, Dipinggir dan Ditindas. |
 |
Dikirim pada Monday 25-09-2006 04:17 oleh Administrator |
zulkiply menulis "KUALA LUMPUR, Sept 22 - Jika Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekadar menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew sebagai
nakal, tidak wajar dan tidak diperlukan, bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad pula memulangkan paku buah keras dengan mempersoalkan
balik mengapa orang-orang Melayu di Singapura dipinggirkan sehingga
tidak ada status sama sekali.
Kuan Yew mendakwa orang-orang Cina di Indonesia dan Malaysia dipinggirkan secara sistematik.
Dalam kecamannya terhadap kenyataan Kuan Yew itu, Dr Mahathir
mengulangi lagi penegasannya sebelum ini bahawa orang-orang Melayu
Singapura ditekan, dipinggirkan dan ditindas.
"Cuba adakan siasatan bebas, kenapa orang Melayu tertinggal di
Singapura. Bukan mereka kurang daripada orang Melayu di Malaysia tetapi
mereka telah ditekan, dipinggirkan dan ditindas.
Itulah kerajaan yang diasaskan oleh pendapat Lee Kuan Yew, Dr Mahathir dilaporkan sebagai berkata.
Menurut Dr Mahathir, tidak ada negara lain yang yang melakukan
apa yang diperlakukan oleh Singapura terhadap orang-orang Melayu di
negara itu.
Kita juga boleh tanya apa kedudukan orang Melayu di Singapura,
kenapa mereka tidak dibenarkan dalam tentera memikul senjata atau pun
dilatih menggunakan senjata. Kenapa orang Melayu di Malaysia ini begitu
cekap dalam bidang tentera tetapi di Singapura, tidak dapat pegang
jawatan tinggi.
Kenapa orang Melayu dipinggirkan sehingga mereka tiada
kedudukan sama sekali. Ini dilakukan dengan sengaja oleh Singapura.
Tidak ada negara lain yang membuat tindakan yang semacam itu,kata Dr
Mahathir.
Beliau membidas kenyataan Kuan Yew itu dan menyifatkan Menteri
Mentor Singapura itu sebagai angkuh dan tidak tahu menghormati
negara-negara jiran.
Kuan Yew berlagak angkuh kerana beliau merasa beliau berada dalam kedudukan yang begitu kuat, kata Dr Mahathir.
Dia (Lee) berasa dia kuat, dia dah jadi sombong, dia pun tak
hairan dengan jiran-jiran. Itu sebab dia sengaja bangkitkan perkara itu
sedangkan dia tahu ini adalah perkara yang sensitif di dalam negara
kita, katanya.
Dalam kenyataan pada forum sempena mesyuarat Bank Dunia - Dana
Kewangan Antarabangsa (IMF) di Singapura, Kuan Yew berkata, Singapura
memerlukan kerajaan yang memiliki keberanian dan kemahiran untuk
mengatakan ‘tidak’ kepada negara-negara jirannya yang lebih besar dan
didominasi penduduk beragama Islam.
Beliau mendakwa, Indonesia dan Malaysia meminggirkan mereka
secara sistematik orang-orang Cina yang bekerja keras dan berjaya
kerana mempunyai masalah dengan mereka.
Kedua-dua negara itu, kata Kuan Yew, mahu Singapura menjadi pak turut seperti orang-orang Cina di negara mereka.
Dr Mahathir berkata, dakwaan Kuan Yew itu tidak benar kerana
terdapat orang-orang Cina yang memegang jawatan tinggi, contohnya di
dalam tentera.
"Orang Cina di sini dapat masuk tentera sehingga pegang jawatan
Jeneral, Mejar Jeneral dan sebagainya. Tetapi (bagaimana pula) orang
Melayu di Singapura, dia punya pendapatan per kapita berbanding dengan
orang Cina di Singapura, cuba bagi tau".
Dr Mahathir juga mengingatkan Kuan Yew supaya jangan merasa begitu bangga dan puas hati dengan apa yang dikatakannya.
"Awak jaga periuk nasi awak sudahlah. Awak tak laku, awak pun
bukan bijak sangat. Dalam satu kumpulan yang kecil, mungkin awak nampak
bijak.
(Tetapi) bila dia pergi China. Orang Cina di sana pun tidak
akan dengar. Orang China pun tak pandang hormat kepada dia kerana dia
sebenarnya dipinggirkan oleh orang Cina di seluruh dunia, katanya
-ah dari Harakahdaily.
"
|
|
|
|
|
| |
 |
Related Link |
 |
|
 |
Please take a second and vote for this article: |
 |
Average Score: 5 Undi: 3

|
|
|
|
|
 |
Options |
 |
|
|