
Tutorial Blog : Bagaimana Mengembang dan Mengempiskan Posting
Tarikh: Wednesday 30-04-2008 04:34 Topik: Web Design
Ramai yang telah berjaya menghasilkan blog. TAHNIAH!
Dan saya kerap ditanya bagaimana caranya untuk mengembang dan mengempiskan sesutau posting supaya yang terpapar hanyalah ringkasan sesuatu artikel dan artikel keeluruhan itu hanya akan terserlah apabila seseorang pembaca mengklik perkatan tertentu seperti "..baca selanjutnya..." dan yang seumpamanya.
Oleh kerana tutorial ini agak teknikal sifatnya, jadi para blogger diminta berhati-hati sewaktu melakukan perubahan koding.
Adalah dinasihatkan anda menyimpan dahulu template yang sedia ada dengan cara pergi ke dashboard anda klik Layout ->Edit HTML dan tickkan kotak "Expand Widget Templates", seterusnya klik Pautan "Download Full Template".
Simpanlah template yang dimuat-turun itu di satu folder yang mudah untuk diingati.
Langkah 1: Di kotak koding HTML template anda, cari tag </head> dan kemudian masukkan kod yang diperolehi dari halaman ini SEBELUM daripada baris </head> tersebut.
Langkah 2: Bila siap langkah 1, di kawasan koding "<b:includable id=''post'' var=''post''>" cari kod-kod di halaman ini dan tambahkan saja kod yang berwarna merah. (Berhati-hati sewaktu mengedit koding berkenaan.. )
Langkah 3: Pergi ke Settings->Formatting dan di sebelah bawahnya, anda akan dapati satu kotak teks disediakan untuk menentukan "Post template". Salin dan tampal baris berikut di dalam kotak teks berkenaan dan simpan setting anda.
Taipkan perenggan satu dan dua di sini <span id="fullpost">
Dan perenggan-perenggan berikutnya di sini </span>
Jika anda membuat posting baru ia akan menunjukkan dimana perlu menaip perenggan satu dan dua dan dimana pula untuk menaip perenggan-perenggan selanjutnya.
Adalah penting untuk mempastikan tag </span> adalah dihujung sesuatu posting.
Oleh itu, anda perlu gunakan tab Edit Html dan bukan tab Compose semasa menulis artikel.
|
|