Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya..
LPZH kini boleh diakses dari Telefon WAP di alamat wap.zulkiplyharun.com
Makcik Pc - Komputer Pertama Buatan Malaysia
Dilulusterbit oleh zulkiply pada Monday 03-12-2007 09:45 (2055 kali dibaca)
(selengkapnya... | 871 byte lagi | 1 komentar | Nilai:: 5)
Eriyza menulis " Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan sebuah produk terbaru keluaran Mimos Berhad iaitu komputer pertama buatan Malaysia pada 30 Nov 2007. Ini adalah julung² kali produk seumpama ini dikeluarkan oleh negara kita. Komputer ini dinamakan Makcik PC.
Ramai berpendapat nama yang dipilih agak lucu dan bersifat kekampungan tetapi penulis percaya ada motif lain di sebalik nama tersebut. Mungkin jua pemilihan nama tersebut dibuat untuk kelihatan lebih mesra dengan penduduk kampung. "
10 Trend di Dunia Teknologi Maklumat
Dilulusterbit oleh zulkiply pada Wednesday 17-10-2007 09:30 (1578 kali dibaca)
(selengkapnya... | 2701 byte lagi | ada komen? | Nilai:: 0)
COMPUTEX TAIPEI 2007 Satu pameran ICT tahunan yang berlansung pada 5 Jun lalu merupakan pameran ICT yang terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia telah menggaris 10 trend terkini yang berlaku di dalam teknologi maklumat seantero dunia yang biasanya akan menjadi kenyataan dalamasa 1-2 tahun.
Trend pertama adalah perisian yang berasaskan Microsoft Vista, termasuklah perkembangan komputer riba yang dikuasai oleh enam perusahaan pengeluar notebook terbesar di dunia, Quanta, Compal, Wistron, Inventec, Asus dan Foxconn.
Memulihkan Semula Regedit atau TaskManager
Dilulusterbit oleh zulkiply pada Tuesday 14-08-2007 11:57 (3849 kali dibaca)
(selengkapnya... | 5001 byte lagi | 4 komen | Nilai:: 5)
Seringkali berlaku mutakhir ini beberapa komputer dan laptop menghadapi masalah apabila Regedit atau TaskManager telah tidak berfungsi.
Hal ini disebabkan oleh sejenis worm bernama W32.Yautoit.N. Ia ialah worm yang disebarkan melalui Yahoo! Messenger. Seterusnya pengguna akan memindahkan worm tersebut kepada pengguna lain melalui pendrive dan disket. Hal diperburukkan lagi apabila komputer tidak mempunyai perisian anti-virus dan anti spyware terkini.
Tulisan ini cuba membantu untuk anda memahami dan menyelesaikan masalah ini.
5 Anti-Spyware Percuma Terbaik
Dilulusterbit oleh zulkiply pada Tuesday 17-04-2007 14:56 (7463 kali dibaca)
(selengkapnya... | 9003 byte lagi | ada komen? | Nilai:: 4.85)
Spyware adalah perisian kecil (small software) untuk mencari maklumat di dalam pc melalui sambungan internet tanpa pengetahuan mangsa, lazimnya dalam bentuk iklan popup. Spyware biasanya terselit bersama perisian Freeware atau Shareware yang boleh di muatturun melalui internet. Spyware dapat mencuri maklumat melalui memori komputer dan bandwidth internet. Ia mirip Trojan Horse. Oleh sebab itu, spyware boleh menyebabkan sistem komputer rosak (crash) atau sistem menjadi tidak stabil. Kebanyakan spyware tidak dapat di kesan oleh kebanyakan perisian anti-virus biasa.
Seperti lazimnya, saya tidak mengambilkira perisian Anti-virus berbayar kerana kita cuba menggunakan program yang bersih dari sebarang "crack" yang nantinya akan mendatang masalah jika tersalah pasang.
Mencari Antivirus Percuma Terbaik
Dilulusterbit oleh zulkiply pada Monday 09-04-2007 17:32 (13028 kali dibaca)
(selengkapnya... | 5119 byte lagi | 1 komentar | Nilai:: 4.64)
Mutakhir ini serangan virus, trojan, worm, spyware dan seumpamanya makin menjadi-jadi. Ia bukan sahaja merunsingkan pengguna komputer malah sekaligus menakutkan.
Apa tidaknya, komputer yang penuh dengan data dan maklumat penting boleh musnah dengan sekelip mata apabila komputer terpaksa difromat lantaran diserang oleh anasir tersebut.
Tidak boleh tidak, pemasangan perisian Antivirus merupakan satu kemestian. Persoalan timbul, Antivirus mana yang terbaik? Saya cuba membuat ujian terhadap 5 perisian Antivirus percuma yang boleh dimuat-turun dari website pereka perisian berkenaan.