
9. Kemudian anda akan ditanya tentang Keyboard. Pilih
American English.
10. Satu skrin akan terpapar yang meminta maklumat yang anda akan
gunakan untuk Linux Ubuntu ini iaitu
a) Nama
Penuh anda
b) nama yang ingin digunakan untuk login ke Ubuntu
c) Katalaluan / Pengesahan katalaluan
d) Nama komputer
10. Setelah
itu satu skrin lain terpapar iaitu langkah persiapan menyediakan
hard-disk anda untuk pemasangan Ubuntu, Pilih Opsyen yang
bawah iaitu manually edit partition table. (Jika
komputer anda tidak ada Windows dan tidak akan memasang Windows
barulah pilih Opsyen 1. Kalau anda hendak buang Windows yang ada
dalam hard-disk anda untuk gantikan dengan Ubuntu, pilih Opsyen
2.

11.
Kemudian, Ubuntu akan memaparkan jadual pembahagian hard-disk
anda - apa partition yang ada dan sistem apa yang wujud bagi
setiap partition itu. Jika anda mengklik pada tiap-tiap satunya
dengan butang kanan tetikus, anda boleh memilih untuk mengubah
saiznya atau menghapuskannya. Jika ada ruang kosong dan jika
anda klik dengan butang kanan di ruang kosong itu, anda boleh
mencipta partition baru.
12. Klik
dengan butang kanan di di mana ada kawasan kosong lebih kurang
10GB dan pilih Add dengan opsyen ext. Saizkan semula ruang
kosong itu dengan meninggal lebihkurang 1GB kosong untuk SWAP.
Selepas itu di kawasan ruang kosong swap itu klik semula butang
kanan dan Add. Jadikan ia sebagai ruang swap.
13. Anda
akan perolehi ruang dimana linux akan dipasang akan ditandakan
sebagai ext dan swap juga akan ditandakan sebagai
swap.
14. Ni
contoh saya, dimana 124GB telah disiapkan untuk linux dan 949MB
sebagai swap.


12. Ubuntu
akan memaparkan mesej Kesedian Untuk Memasang (Ready To Install)
dan semak kenyataan yang diberikan. Klik Back untuk ubah dan jika
telah bersedia klik Install.

13. Proses
pemasangan bermula. Ia mengambil masa kadang-kadang sehingga 45
minit.


14. Apabila
pemasangan selesai anda diminta untuk rebootkan komputer anda.
Dan Selamat Datang ke Dunia Linux Ubuntu!

Selepas ini kita akan mempelajari LINUX dengan
lebih mendalam di dalam tutorial selanjutnya.
HAKCIPTA TERPERLIHARA
© Zulkiply Harun
http://zulkiplyharun.com