A'kum en zul
skg saya guna dua hdd C:\ dan E:\ nak pasang ubuntu kedlm E:\ install saya rasa tak menjadi masalah sgt tapi takut nanti tak bleh buka ini ubuntu.minta tlg bagi saya sedikit cara untuk ini.sekian terima kasih.
ade C & E tapi nak install dekat E
Posted: Mon May 14, 2007 10:45 am
major_alliance
Moderator
Joined: Apr 10, 2007
Posts: 145
salam
hmm klu guna Ubuntu 7.04 desktop CD mase kat disk partition phase
pilih 'manual partitioning'
buat sekurang2nya 2 partition nie
/ <-- mesti ada:root tree folder
/swap <-- mesti ada:swap file partition
/home <-- optional:untuk dokumen anda jika anda melakukan proses reinstallation linux partition ini sudah di asingkan
kemudian ubuntu akan install GRUB di Master Boot Record (MBR) di HDD C:\ @ sda1
tetapi akan merujuk kepada fail bootloader di E:\ @ sdb1
dalam Linux tiada folder yang di panggil C,D,E tetapi menggunakan istilah
sd*1
contohnya:
sda1 = partition pertama dalam HD pertama
sda5 = partition kedua dalam extended partition dalam HD pertama
sda6 = partition ketiga dalam extended partition dalam HD pertama
sdb1 = partition pertama dalam HD kedua
sdb5 = partition kedua dalam extended partition dalam HD kedua
sdb6 = partition ketiga dalam extended partition dalam HD kedua
p/s: jika tidak berjaya saya nasihatkan anda buat sekali lagi kerana GUI manual partitioning dalam Ubuntu masih baru dan masih ada bug yang perlu di perbaiki
Posted: Mon May 14, 2007 11:36 am
zulkiply
Site Admin
Joined: Mar 02, 2005
Posts: 1505
Betul kata major_alliance - grub akan dipasang di tahap akhir pemasangan ubuntu. Grub kan mengaturkan sistem operasi yang ditemui di dalam kmputer dan inilah screen yang mula-mula akan terpacul seaktu komputer dibuka.
Kita akan diberi pilihan untuk boot samada ke ubuntu atai Windows.
Jika grub tidak terpasang, maka boleh gunakan mwrload
Posted: Mon May 14, 2007 1:12 pm
mohdshahir
Teman Baru
Joined: May 13, 2007
Posts: 35
sdra major..
apa perbezaan ubuntu 7.04 n ubuntu 6.06 kerana saya baru dload 6.06 kalu itu 7.04 lagi baik nanti saya dload itu 7.04 lah...n tq 4 explaination.terima kasih.
Perbezaan antara Ubuntu 6.06 dan 7.04
Posted: Mon May 14, 2007 2:58 pm
major_alliance
Moderator
Joined: Apr 10, 2007
Posts: 145
sebagaimana yang umum tahu Ubuntu menggunakan Tahun dan bulan keluaran sebagai rujukan iaitu 7.04 ialah tahun 2007 bulan April
Sebelum itu jika anda telah mendownload Ubuntu 6.06 saya cadangkan anda mendownload Ubuntu 6.06.1 yang merupakan ubuntu 6.06 (Dapper Drake) dengah patched fixed.
1.Sokongan Hardware terkini
jika anda menggunakan PC atau Laptop yg dikeluarkan penghujung tahun 2006 atau awal 2007 kemungkinan Feisty Fawn dapat digunakan tanpa perlu apa2 kod pembaikan (patch code)
2.LTS (Long Term Support)
Dapper merupakan Ubuntu pertama dengan LTS iaitu sokongan komersil@berbayar selama 3 tahun (36 bulan) untuk versi desktop dan 5 tahun (60 bulan )untuk versi server.
Feisty Fawn pula seperti Edgy Eft (6.10) cuma di berikan sokongann komersil untuk 18 bulan atau 1 1/2 tahun kerana kitaran pembangunan perisian untuk Ubuntu ialah 6 bulan, bermakna setiap 6 bulan anda akan memperolehi Ubuntu yang baru yg dapat menyokong hardware baru dan perisian yang lebih stabil dan pantas.
3.SysV Init Versus Upstart
Dapper Drake menggunakan SysV Init untuk Boot Process, Init memulakan setiap proses secara bersiri (serial & in sequence) dan anda dapat melihatnya di skrin.
Edgy Eft dan Feisty Fawn pula menggunakan Upstart yang jauh lebih pantas dengan konsep proses diselarikan (event driven and parallel service start up),anda tidak dapat melihat apa2 di skrin kecuali login interface, Ubuntu Feisty Fawn saya boleh di boot dalam masa kurang 15saat dan shutdown kurang 5 saat(bergantung kepada spesifikasi pc anda).
4.User Friendliness @ Tahap Mesra Pengguna
Berbanding Dapper, Feisty telah menyelesaikan beberapa isu yang dikatakan kurang mesra pengguna,contohnya seperti
-Help system (walaupun tidak selengkap Windows)
-Group Control Panel (seperti Windows XP)
-Proprietary Driver Installation (Driver komersil akan di download / pasang secara berasingan)
5.Desktop Effect @ Kesan Khas desktop
Fiesty Fawn telah di pasang Compiz (3D Desktop Manager)
anda boleh mencuba kesan khas ini seperti window yang lembek bila di tarik,di maximum,minimumkan dan desktop di atas Cube
Jika anda mahukan lebih anda boleh menggunakan Beryl yang ada lebih banyak fungsi dan kesan khas.Dapper tidak mempunyai ciri ini
6.Lain2
berikut ialah ciri2 yang ada pada Ubuntu Server Edition Fiesty Fawn yang tidak ada pada Dapper Drake
-Xen Hypervisor (Virtual Machine Environment & Manager)
-LSTP (Linux Server Terminal Project)
-Sokongan untuk GFS (Global File System) Cluster dan Oracle Cluster
Sila rujuk review peribadi yang saya telah buat berkenaan Fiesty Fawn
salam
nk tnya
skrg komp sy bermasalah dari segi ubuntu yg telah sy instal
sy guna norton partition magic dimana sy da wat partition khas utk ubuntu dan sy da klik "create new software" iaitu ubuntu.ttp sy belum lg instal ubuntu
jd komp sy menafsir ubuntu sbg partion primary,bknnya windows xp sbg primary
tlg....
Posted: Thu May 31, 2007 4:42 pm
major_alliance
Moderator
Joined: Apr 10, 2007
Posts: 145
salam farid_cool
ok 1st skali saya nak minta check balik partition tu sbb manually created
saya cadangkan farid_cool delete partition yg dah di buat dengan norton
dan biarkan ianya kosong, kerana dalam ubuntu 7.04 jika anda memilih guided partitioning, ianya akan membuat 2 partition iaitu
/ --> root tree partition
/swap --> utk swap file
actually klu guna Ubuntu 7.04,semasa proses memasang GRUB,
ianya akan mengesan partition yang mempunyai boot loader dan memasukkannya ke dalam senarai menu untuk pilihan OS,jgn risau tentang Windows,anda masih boleh boot ke Windows walaupun menggunakan GRUB
Posted: Thu May 31, 2007 5:08 pm
farid_cool
Teman Baru
Joined: Jan 06, 2007
Posts: 9
tp mslhnya,masa nk tnggu masuk ke windows xp,xle.
xtau np
ingatkn klu tukar first boot device kpd hdd,leh la masuk tp xle gak
komp minta cd sblm masuk ke windows xp
help me
sy xnk lakukan jln yg terakhir iaitu format!
Posted: Thu May 31, 2007 5:13 pm
major_alliance
Moderator
Joined: Apr 10, 2007
Posts: 145
bleh terangkan secara detail sbb terlalu ringkas penerangan tu
Posted: Thu May 31, 2007 5:32 pm
farid_cool
Teman Baru
Joined: Jan 06, 2007
Posts: 9
cmni
sblm perkara ni terjadi,sy guna norton partition magic utk create partition khas tuk ubuntu seperti dlm tutorial norton partition magic
lps tu,sy reboot pc sy n tukar first boot device sy kepada cdrom n cd ubuntu ada dlm pc sy
lps tu,sy pun instal la ubuntu seperti dlm tutorial dlm lmn web ni
lps tu,bila sy reboot pc sy ni,tiba2 pc sy minta masukkan cd (xtau cd jenis apa ) klu nk login ke windows..
adakah bermakna ubuntu yg sy instal x menjadi??
Posted: Thu May 31, 2007 5:43 pm
major_alliance
Moderator
Joined: Apr 10, 2007
Posts: 145
daripada pengalaman saya,
mungkin ada masalah semasa proses pemasangan ubuntu tersebut
saya cadangkan anda mengulangi proses installation tersebut sekali lagi
untuk memastikan yang ubuntu tersebut telah memasang GRUB dengan sempurna
Posted: Thu May 31, 2007 5:54 pm
farid_cool
Teman Baru
Joined: Jan 06, 2007
Posts: 9
sy da instal linux tu lebih daripada 3 kali tp x menjadi jgk
Posted: Thu May 31, 2007 6:21 pm
farid_cool
Teman Baru
Joined: Jan 06, 2007
Posts: 9
sy perlukan nasihat ttg bagaimana hendak membaiki semula komp sy akibat drpd pemasanagn ubuntu ( yg mngkn tidak teratur )...
Posted: Thu May 31, 2007 6:32 pm
major_alliance
Moderator
Joined: Apr 10, 2007
Posts: 145
mcm saya cakap td...
reinstall balik ubuntu
buat mcm td
Posted: Thu May 31, 2007 6:38 pm
major_alliance
Moderator
Joined: Apr 10, 2007
Posts: 145
maaf xbaca reply kat atas tu td
btw mayb CD ubuntu tu sebenarnya rosak
bleh check md5 utk cd tu x? sbb i suspect installation tu corrupted
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 2Goto page 1, 2Next