Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
Tutorial Blog : Bagaimana Mengembang dan Mengempiskan Posting
Dilulusterbit oleh zulkiply pada Wednesday 30-04-2008 04:34 (1081 kali dibaca)
Ramai yang telah berjaya menghasilkan blog. TAHNIAH!
Dan saya kerap ditanya bagaimana caranya untuk mengembang dan mengempiskan sesutau posting supaya yang terpapar hanyalah ringkasan sesuatu artikel dan artikel keeluruhan itu hanya akan terserlah apabila seseorang pembaca mengklik perkatan tertentu seperti "..baca selanjutnya..." dan yang seumpamanya.
Oleh kerana tutorial ini agak teknikal sifatnya, jadi para blogger diminta berhati-hati sewaktu melakukan perubahan koding.
Tutorial Membina Blog Siri 1
Dilulusterbit oleh zulkiply pada Saturday 19-04-2008 05:32 (1249 kali dibaca)
Blog ialah akar-kata dari pekataan Weblog, satu istilah yang pertama kali digunakan oleh Jorn Barger pada bulan Desember 1997. Jorn Barger telah menggunakan istilah Weblog ini untuk menamakan kumpulan lamanweb peribadi yang selalu dikemaskini secara berterusan dan disertai dengan pauatan-pautan ke website lain yang mereka anggap menarik juga dengan komentar-komentar mereka sendiri.
Di sini saya akan memberikan sedikit panduan untuk mencipta BLOG dengan tapak blogger.com yang saya kira amat mudah untuk mereka yang baru ingin memulakan sesebuah blog di alam siber ini.
Pilihanraya dan Teknologi Maklumat
Dilulusterbit oleh zulkiply pada Friday 22-02-2008 10:19 (977 kali dibaca)
18
Pilihanraya Umum ke 12 yang sedang hangat dirasakan di negara kita sekarang ini telah menjadi semakin rancak apabila rakyat telah berpusu-pusu naik ke alam langit (siber) untuk mencari maklumat terkini yang lazimnya tiak diperolehi dari media arus perdana.
Semenjak pilihanraya tahun 1999 lagi, internet telah menjadi satu kuasa baru dinegara kita - kuasa untuk menyampaikan maklumat alternatif dan ianya mempunyai impak yang amat besar kepada senario politik negara apabila jarang berlaku di dalam sejarah negara di mana menteri-menteri kabinet tewas di dalam pilihanraya.
Makcik Pc - Komputer Pertama Buatan Malaysia
Dilulusterbit oleh zulkiply pada Monday 03-12-2007 09:45 (1866 kali dibaca)
1
Eriyza menulis " Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan sebuah produk terbaru keluaran Mimos Berhad iaitu komputer pertama buatan Malaysia pada 30 Nov 2007. Ini adalah julung² kali produk seumpama ini dikeluarkan oleh negara kita. Komputer ini dinamakan Makcik PC.
Ramai berpendapat nama yang dipilih agak lucu dan bersifat kekampungan tetapi penulis percaya ada motif lain di sebalik nama tersebut. Mungkin jua pemilihan nama tersebut dibuat untuk kelihatan lebih mesra dengan penduduk kampung. "
Menjelajah Dunia Dengan Google Earth
Dilulusterbit oleh zulkiply pada Friday 09-11-2007 01:34 (2234 kali dibaca)
1
Google yang dikenali dengan enjin cariannya, telah memperkenalkan aplikasi terbarunya iaitu, Google Earth. Dengan aplikasi ini, kita telah boleh menjelajah hampir seluruh bahagian bumi ini.
Google Earth mampu menunjukkan gambar yang sangat detil! Contohnya seperti gambar yang ditunjukkan, kelihatan ada unta di padang pasir dan seorang penunggangnya. Bukankah ini amat menakjubkan?
Google Earth juga mampu menyerlahkan beberapa imej yang menarik tetapi tersembunyi di atas bumi. Yang pentingnya anda mengetahui lokasi tepat sesuatu tempat yang ingin dilihat iaitu kedudukan garis bujur dan garis melintangnya dan letakkan sahaja di petak yang disdiakan dan anda akan dibawa ke lokasi berkenaan.
10 Trend di Dunia Teknologi Maklumat
Dilulusterbit oleh zulkiply pada Wednesday 17-10-2007 09:30 (1416 kali dibaca)
COMPUTEX TAIPEI 2007 Satu pameran ICT tahunan yang berlansung pada 5 Jun lalu merupakan pameran ICT yang terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia telah menggaris 10 trend terkini yang berlaku di dalam teknologi maklumat seantero dunia yang biasanya akan menjadi kenyataan dalamasa 1-2 tahun.
Trend pertama adalah perisian yang berasaskan Microsoft Vista, termasuklah perkembangan komputer riba yang dikuasai oleh enam perusahaan pengeluar notebook terbesar di dunia, Quanta, Compal, Wistron, Inventec, Asus dan Foxconn.