TUTORIAL
DAMN SMALL LINUX (DSL)
DAMN
SMALL LINUX (DSL) adalah satu pakej untuk mini-desktop berorientasikan
distribusi linux yang bersaiz kecil (cuma 50MB). Untuk pengguna yang baru hendak
mencuba atau baru hendak belajar Linux saya amat mencadangkan penggunaan DSL ini
berbanding dengan terus belajar dari distribusi linux yang lain seperti RedHat,
Sesue, Knoppix, Mandriva, Ubuntu dan lain-lain.
Ini kerana DSL boleh dipasang dan dijalankan di atas platform
Wiindows XP, boleh dipasang dan dijalankan melalui CD atau pendrive (jika
komputer anda mengizinkannya) dan boleh dipasang di cakera keras (hard disk)
anda. DSL mengandungi desktop yang hampir sempurna dan banyk peralatan "command
line". Di dalam DSL yang cuma 50MB ini terkandung pelbagai aplikasi
seperti XMMS (MP3, CD Music, dan MPEG), FTP client, Dillo web browser,
links web browser, FireFox, spreadsheet, Sylpheed email, spellcheck (US
English), pemproses perkataan (FLwriter), tiga editor (Beaver, Vim, dan
Nano [Pico clone]), pemaparan dan pengeditan grafik (Xpaint, dan xzgv), Xpdf
(PDF Viewer), emelFM (file manager), Naim (AIM, ICQ, IRC), VNCviwer, Rdesktop,
SSH/SCP server dan client, DHCP client, PPP, PPPoE (ADSL) dan banyak lagi.
APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN
Sebagai permulaan kita akan mulakan tutorial memasang DSL di
atas platform Windows XP. Ini kerana nanti kita bole mencuba linux dari Windows.
Tak perlu untuk menukar sistem operasi yang sedia ada. Apabila telah mahir,
barulah kita install DSL samada ke CD, Pendrive atau pun hard-disk.
1) Muat-turun dsl-2.4-embbeded.zip dari
SINI.
Jangan tersalah pilih, pastikan ada perkataan embedded dihujungnya untuk versi
Windows.
2) Unzipkan dsl-2.4-embbeded.zip dan letakkan di folder yang anda suka
misalnya C:/DSL atau C:/Program Files/DSL
3) Cari fail bernama dsl-windows.bat, dwikliknya dan tunnggu sebentar.
QEMU (antaramuka untuk runkan program asing secara live di Windows) akan di
muatkan dan apabila berjaya DSL turun dimuatkan selepas itu.

4) Sejurus selepas itu QEMU akan dimuatkan di desktop Windows
anda dengan membawa bersamanya distribusi linux KNOPPIX. Klik butang
pangkah (x) di browser Dillo yang dimuatkan (anda boleh juga mebacanya jika
pertama kali menjumpa skrin linux). Anda akan memperolehi LINUX KNOPPIX dia atas
desktop Windows anda dan ia berfungsi sepenuhnya.

5) Sebagai permulaan.
biarlah skrin itu begitu (anda boleh besarkan dengan menekan butang kanan
tetikus anda di atas Linux tersebut dan pilih System -> XVesa -> pilih
yang sesuai seperti 1024X768X24 untuk skrin penuh)
6) Menyambung ke Internet: Jika anda menggunakan jalurlebar seperti
streamyx dengan router yang memberikan IP anda melalui DHCP, anda telah
disambung ke interent secara automatik tanpa sebarang konfigurasi tambahan. Jika
anda menggunakan modem secara dial-up (PPP), pilih System -> Net Setup
-> dialup PPP -> dial
Masukkan nama untuk setup dan sistem akan membuat sambungan PPP untuk ke
internet. Jika menggunakan PPPoE, pilih DSL/PPPoE dari menu. Guna
pon untuk sambung dan poff untuk matikan sambungan.
7) Bagaimana
untuk mencetak. Pertama setkan printer anda dengan memilih System-
Printing ->lpd->configure a printer. Ikut arahan skrin yang meinta anda
menguji dan measang driver pencetak. Apabila terpasang anda perlu mengaktifkan
perkhidmatan mencetak dengan memilih System -> Printing/lpd ->start
8) Apa itu
Daemon? Daemon ialah satu proses yang menyediakan perkhdimatan di
latarbelakang; DSL ini menyediakan beberapanya, pilih System ->Daemons
untuk melihat senarainya. Terdapat server SSH yang menyediakan satu cara
selamat untuk login dan/atau menyalin fail ke dan dari mesin DSL anda. Network
File System (NFS) pula membenarkan anda untuk "menghidupkan" direktori yang
mungkin disediakan kepada anda oleh server NFS.
9) Bagaimana
Dengan Windows? DSL ini menyediakan program smbtree dan smbclient. Smbclient
berfungsi sama seperti sebuah program FTP yang diasa. Gunakan tanda / dan
bukan \ untuk pemisahan sub-direktori. Guna smbtree untuk
memaparkan nama komputer yang ada.
Untuk menyambung gunakan smbclient->namakomputer->sharename -U username
10) Potong dan
tampal: Untuk cut and paste ini, cuma highlightkan teks dengan butang kiri
tetikus dan klik butang tengah untuk tampal.
11) Menyimpan
Konfigurasi: Setelah sistem anda disetkan anda perlu menyimpannya. Terdapat
sebuah fail bernama .filetool.lst, gunakan mana-mana editor DSL untuk mengubah
atau mengemaskinikannya.
12) Untuk kembali
kepada Windows Desktop, anda perlu menekan butang Ctrl dan Alt serentak.
Anda sudah dibawa ke Windows anda. Dan klik mana-mana bahagian dalam QEMU untuk
kembali ke linux. Tetapi perlu ingat bahawa kedua-dua sistem operasi ini berbeza.
Oleh itu tidak boleh anda lakukan sesuatu di linux kemudian nak gunakan di
Windows, contonya salin teks di linux kemudian nak tampal di notepade kepunyaan
Windows. Itu tak dapat dilakukan.
13) Untuk cubaan
permulaan sekarang cuba anda layari web dengan menggunakan Firefox di linux.
Dunia linux anda baru bermula!

14) Setelah itu anda
boleh mencuba mana-mana program untuk memahirkan diri anda dengan linux kecil
ini.
Kita
akan lihat satu-sati aplikasi yang ada di dalam distribusi DSL ini. Anda boleh
klik pautan di nama-nama program berkenaan untuk di bawa ke site masing-masing
untuk mengetahui penggunaan yang lebih lanjut.
Ateminal.
Satu program kecil yang memberikan anda akses ke opsyen cammand baris DSL. Untuk
setiap Linux/nerd /geek/anorak, command baris ini merupakan penggerak kepada
kebanyakan kuasa sistem operasinya. Mungkin untuk ketika ini anda belum
memerlukan lagi program ini.
Beaver -
yang dilambangkan dengan mata
pena sebuag editor kecil yang mempunyai banayk ciri untuk para programmer lebih
kurang seperti Word pad.
DSL Panel -
Contol Panel utama DSL. Semak hardware, setup rangkaian dan memang mudah serta
boleh menggunakan kebijaksanaan kita sendiri.
Diilo - Satu daripada dua browser yang
didatangkan dengan DSL. Ia ringan dan pantas. Semuai untuk mana-mana website.
Emelfm - Satu peralatan untuk
meneroka direktori dan fail-fail. Amat berguna.
Firefox -
Browser kedua yang amat laparkan resources komputer kita tetapi penuh dengan
ciri yang menarik. Melayari web dengan selesa.
anyFTP - satu cara mudah untuk
memindahkan fail dari satu komputer ke satu komputer lain melalui protokol FTP.
MyDSL - Panel
yang membantu mengembangkan pengalaman anda dengan DSL melalui pemilihan pakej
terdia yang khusus terhadap beberapa aplikasi popular seperti Open Office,
Abiwor dan lain-lain.
Rdesktop -
Program yang membantu anda menyambung ke desktop komputer lain terutama ke
"Mum's Desktop" apabila anda terkat untuk membuat pemasangan printer contohnya.
Siaq - Sebuah hamparan lembaran seperti Excel
Dengan cls2cvs anda boleh mengimpot data-data dari Microsoft Excel.
Spylheed - Sebuah email
client, mudah di selanggarakan dan digunakan. Anda akan lupakan Microsoft
Outlook selepas menggunakannya.
Ted - Sebua pemproses perkataan ala
Microsoft Word.
VNCviewer - Membantu menyambung komputer lain di rangkaian serti Network
Neighborhood di Windows.
XMMS - Pemain multimedia yang kecil
tetapi berkuasa, memainkan fail-fail muzik di komputer anda.
XPaint - ala
Paint di dalam Windows.
Xpdf - :Pembaca fail PDF yang
ringan.
XZGV - Pemapar imej-imej
yang ada di dalam komputer anda.
Selepas ini kita
akan mempelajari LINUX dengan lebih mendalam di dalam tutorial selanjutnya.
HAKCIPTA TERPERLIHARA
© Zulkiply Harun
http://zulkiplyharun.com
|