ZUL W3C COMPLIANCE NUKE
                                                                                                  

7px
  Login / Daftar Ahli
::  Home •  Download  •  Your Account  •  Forum  •  E-Cards  •  Zul Map  •  AlQuran 
7px
7px
hdr Choose Language hdr
Select Your Language:

English Malaysian
Welcome to my website.
Your information

IP
For security purposes,
all activities are logged.
ftr spacer ftr
hdr Terjmhn- Translate hdr
ftr spacer ftr
hdr Susunan Menu hdr
home.ico Utama - Main

som_downloads.gif Interaktif - Interactive
kumpulan Buku Pelawat - Guestbook
kumpulan Maklumbalas - Feedback
kumpulan Akhbar
kumpulan Forum
kumpulan Mesej - Private Message
kumpulan Kirim Berita - Submit News
kumpulan Zul Chatroom
kumpulan Link To Us
kumpulan Pautan - Weblinks
kumpulan Kajiselidik - Surveys
dunia.ico Khidmat - What's Here
kumpulan Muat Turun - Download
kumpulan Peralatan PHPNuke
kumpulan Guistuff
kumpulan Webtoolsbaru
kumpulan Tips & Panduan

kumpulan Zul E-Kad
kumpulan Zul Ascii
kumpulan Zul Webcam
kumpulan Zul MAP
kumpulan Zul Traffic

kumpulan Zul Career
kumpulan Akhbar
kumpulan Buttons
ftr spacer ftr
hdr Ayat Quran hdr

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya..

AL AHZAAB:56

LPZH

ftr spacer ftr
hdr Ruang Sembang hdr

Only registered users can shout. Please login or create an account.
ftr spacer ftr
hdr Tukaran Matawang hdr


Tukaran Wang Asing pada waktu semasa ialah:

Unit

Daripada

Kepada



ftr spacer ftr
hdr TV Internet hdr
Anda sedang menyaksikan:
Belum Ada Pilihan Lagi




Ke Laman TV Internet
© LPZH
ftr spacer ftr
hdr Radio Internet hdr
Pilih Stesyen Anda:
Terdapat 20 stesyen kesemuanya

002a


Buka di window lain

© ZUL W3C COMPLIANCE NUKE
ftr spacer ftr
hdr Random Headlines hdr

Web Design
[ Web Design ]

·Tutorial Blog : Bagaimana Mengembang dan Mengempiskan Posting
·Tutorial Membina Blog Siri 1
·BAGAIMANA HENDAK MENGUBAH ADMIN.PHP
·PHPNUKE - Antara Amatur Dengan Pro
·NukeMalaysia Dilancarkan
·PHPNUKE 8.0 Sudah Dilancarkan.
·ASP LWN PHP
·Membina Lamanweb Yang Terbaik
ftr spacer ftr
hdr MP3 Player hdr


Klik > untuk memulakan MP3 dan >> menukar lagu

Buka Di Window Lain
ftr spacer ftr
hdr Pautan -Weblinks hdr
Jumlah Pautan: 118
Jumlah Kategori: 10
Jumlah Hits: 89241

Pautan Terkini
· 1: e-informasi.com
· 2: Lawak Jenaka Online
· 3: Ustaz Melaka.Net
· 4: Forum Komuniti Radio Amatur Kuala Krai
· 5: Pelajari Perisian Sumber Terbuka

Hits Tertinggi
· 1: Forum Komuniti Radio Amatur Kuala Krai
· 2: Sek Keb Taman Kosas
· 3: TranungKite
· 4: Bukitbesi.net
· 5: PHP Malaysia

Pautan web

ftr spacer ftr
hdr LPZH WAP Access hdr
AKSES LPZH MELALUI WAP.

hpLPZH kini boleh diakses dari Telefon WAP di alamat
wap.zulkiplyharun.com

ftr spacer ftr

hdr Microsoft Sudah Melampau WAJIB BACA! hdrr
Dikirim pada Wednesday 26-04-2006 01:14 oleh administrator
Operating Systemszulkiply menulis "The Star (25/04/2006) hari ini di muka hadapan melaporkan bahawa beribu-ribu kalau tak pun berjuta-juta pengguna komputer di negara ini yang bersistem operasi Windows cetak rompak akan diberikan peringatan apabila pemberitahuan tentang cetak rompak itu tertera di skrin setiapkali mereka menghidupkan komputer mereka.

Ciri ini akan terpasang di dalam sistem operasi Windows oleh Microsoft Corp mulai esok dan tidak boleh dipadam. Sepastinya ia tamparan hebat kepada pengguna Windows versi cetak rompak dan amat mengaibkan bagi pengguna korporat.

Mengikut satu anggaran, terdapat 6 juta pengguna Windows di negara ini, dan Business Software Alliance melaporkan bahawa 61% daripada perisian yang digunakan di sektor perniagaan adalah cetak rompak.

Pengguna Windows cetak rompak akan menemui satu tampalan pada waktu mereka mengemaskinikan Windows mereka.

Asasnya, satu mesej menyatakan “This copy of Windows is not genuine ...” akan dilekatkan secara kekal di skrin login Windows, dan mesej yang serupa akan wujud dalam bentuk popup pada bila-bila masa sewaktu komputer itu digunakan.

Langkah anti-cetakrompak ini bermula di lima negara esok – Amerika Syarikat, Britain, New Zealand, Australia dan Malaysia.

Pengguna yang telah dikenakan tampalan tersebut hanya boleh memadamnya dengan memasang perisian Windows asli. Harga di sekitar RM320 untuk sesalinan Windows XP Home (versi OEM) hingga RM510 untuk Windows XP Pro (versi OEM ).

“Atau mereka sedia terima peringatan dengan mesej popup berkenaan,” kata K.T. Ng, Pengurus Kumpulan untuk Windows Client solutions di Microsoft Malaysia.

Jika mereka golongan peniaga atau eksekutif korporat, pasti ia memalukan jika pelanggan mereka menemui yang syarikat berkenaan menggunakan Windows cetak rompak ini, tambah beliau.

Menurut Ng, langkah itu bertujuan untuk melayani pengguna perisian Microsoft’s yang tulen dengan lebih baik.

Contohnya kata beliau, pemalsu telah berjaya menyalin produk Microsoft pada peringkat di mana pengguna tidak dapat membezakan diatara yang tulen dan tiruan.

“Mesej pop-up akan segera mengingatkan pengguna tentang cetak rompak berkenaan misalnya sewaktu mereka membeli komputer atau notebook baru,” kata beliau lagi.

Jika seorang pengguna tidak menyedari yang ia dibekalkan dengan sistem operasi yang tidak sah, dia boleh melaporkan vendor berkenaan dengan mengklik butang “Get Genuine” di skrin login.

Komputer yang telah ditampalkan dengan mesej ini masih boleh menerima pengemaskinian perisian untuk sistem operasi, tetapi tidak dibenarkan memuat-turun Internet Explorer 7.0 (IE7) dan Windows Defender. (Baca seterusnya dari akhbar The Star bahagian Komputer hari ini)

IE7 ialah browser Microsoft terbaru, yang lebih selamat sementara Microsoft Defender ialah sebuah program anti-spyware.

Sementara itu, saya telah menerima beberapa email dari pengguna-pengguna menyatakan keresahan ini.

Kita dukacita kerana langkah mundur yang diambil oleh Microsoft ini kerana buat masa ini kesemua syarikat sedang berusaha untuk menjadikan perisian mereka sebagai Open-Source.

Kita tidak pasti mengapa Microsoft Malaysia mampu melaporkan perkara yang buruk kepada ibu pejabat mereka tentang penggunaan Windows di Malaysia, kerana jika bukan maklumat dari mereka, mengapa Malaysia tersenarai di dalam 5 negara yang akan dikuatkuasakan mesej tampalan tersebut? Mengapa tidak negara lain seperti Thailand, Filipina, China dan India yang kada penggunaan cetakrompak mereka jauh lebih tinggi dari Malaysia?

Micrsoft Windows versi tulen terlalu mahal untuk dibeli oleh sekalian rakyat Malaysia (RM320-RM510) untuk sebuah pc. Bayangkan rakyat negara ini yang dihimpit dan dibelenggu dengan pelbagai kenaikan harga, tiba-tiba kini dipaksa untuk membeli versi tulen untuk sistem operasi komputer mereka.

LPZH kesal dengan tindakan Kerajaan yang lebih membela golongan korporat yang kaya raya serta membelakangkan rakyat terbanyak. Telah banyak langkah-langkah kerajaan di zaman era PM yang baru ini (dengan maaf) mencekik dan mencerut leher rakyat.

Jika benar kerajaan merestui langkah Microsoft ini dilaksanakan, ini bererti maka makin mundurlah rakyat negara ini di bidang ICT. Pelajar manakah yang mampu membeli versi tulen sistem operasi ini sedangkan telah diketahui 60%-70% pengguna komputer di negara ini adalah terdiri dari golongan pelajar? Apakah Kerajaan suka dengan fenomena kemunduran sebegini berlaku di kalangan pelajar Malaysia? Akan berkuburlah cita-cita Kerajaan untuk mewujudkan K-itu K-ini (knowledge-based) apabila langkah terbaru ini tidak di atasi segera.

Saya tidak menyatakan bahawa saya menyokong cetak-rompak ini berleluasa di negara ini, tapi saya KESAL sangat kerana tiada langkah proaktif kerajaan yang ada untuk membela rakyat. Jika benar versi tulen perlu digunakan maka Kerajaan perlu memberikan subsidi agar lebih ramai rakyat yang mampu membelinya. Jika subsidi boleh diberikan kepada penternak ayam, golongan petani beras, gas memasak, pemilik syarikat pengangkutan, pemilik kereta mewah, golongan peniaga dan sebagainya, mengapa di bidang sepenting ini kerajaan memejam mata dan berlepas tangan?

Saya merayu Kerajaan bertindak dengan tidak membelakangkan kepentingan berjuta pengguna komputer di negara ini dengan melakukan sesuatu agar rakyat terbanyak mampu memiiliki sistem operasi untuk digunakan di komputer-komputer.

Saya menasihatkan agar pengguna-pengguna bersabar dan memboikot penggunaan Microsoft Windows secara berperingkat-peringkat. Usah UPDATE sebarang produk Microsoft untuk tempoh ini kerana dengan berbuat demikian anda akan memperolehi kenyataan tampalan jijik itu di skrin anda. Kita akan dapat perhatikan juga nanti terdapat komputer-komputer di jabatan-jebatan Kerajaan yang bakal mempunyai tanda yang demikian juga. InsyaAllah LPZH akan memulakan satu tutorial baru menegenai pemasangan dan penggunaan Linux dalam tempoh yang terdekat sebagai satu langkah protes kita terhadap kerajaan dan Microsoft.

"
ftrl spacer ftrr""
 
hdr Related Link hdr
· More about Operating Systems
· News by administrator


Most read story about Operating Systems:
Atasi Amaran Windows

ftr spacer ftr
hdr Please take a second and vote for this article: hdr
Average Score: 5
Undi: 7


Please take a second and vote for this article:

Luar Biasa
Sangat Bagus
Bagus
Biasa
Jelek

ftr spacer ftr
hdr Options hdr

 Printer Friendly Printer Friendly

ftr spacer ftr
hdr hdr
"Microsoft Sudah Melampau WAJIB BACA!" | Login/Daftar | 6 komen | Cari diskusi
Isi komentar adalah tanggung jawab pengirimnya.
hdr hdr hdr

hdr hdr
Anda tidak dibolehkan mengirim komentar, silakan daftar di sini
hdr hdr hdr

hdr hdr
Re: Microsoft Sudah Melampau, Beralih ke Linux Segera. WAJIB BACA! (Nilai: 1)
oleh wanqie pada Friday 28-04-2006 02:11
(Info Anggota | Kirim Pesan)
cik zul saya tak sabar2 dah nih nak tunggu tutorial cik zul..kerajaan pun satu hal..***** betul...cakap tak serupa bikin.


hdr hdr hdr

hdr hdr
Re: Microsoft Sudah Melampau WAJIB BACA! (Nilai: 1)
oleh Cikedi pada Tuesday 02-05-2006 15:07
(Info Anggota | Kirim Pesan)
Sokong dengan tutorial...linux....saya pun dalam pembinaan modul open office bagi perisian altenatif utk microsoft office... Makmal di sekolah..utk fasa 3 dah banyak di pasang dengan linux suse,,,,teruskan usaha ini.


hdr hdr hdr

hdr hdr
Re: Microsoft Sudah Melampau WAJIB BACA! (Nilai: 1)
oleh Cikedi pada Tuesday 02-05-2006 15:08
(Info Anggota | Kirim Pesan)
Sokong dengan tutorial...linux....saya pun dalam pembinaan modul open office bagi perisian altenatif utk microsoft office... Makmal di sekolah..utk fasa 3 dah banyak di pasang dengan linux suse,,,,teruskan usaha ini.


hdr hdr hdr

hdr hdr
Re: Microsoft Sudah Melampau WAJIB BACA! (Nilai: 0)
oleh Anonymous pada Wednesday 03-05-2006 01:46
cik zul boleh traslate artikel ni.. http://labnol.blogspot.com/2006/04/workarounds-to-disable-non-genuine.html ok..


hdr hdr hdr

hdr hdr
Re: Microsoft Sudah Melampau WAJIB BACA! (Nilai: 1)
oleh rjecreative pada Monday 16-07-2007 11:13
(Info Anggota | Kirim Pesan)
saya sebagai pengguna baru komputer dan internet juga amat terharu
dengan langkah yang telah dilakukan oleh microsoft tapi apakan daya
terpaksa terima jugalah tampalan tak genuine itu.


hdr hdr hdr

hdr hdr
Antie Ori (Nilai: 1)
oleh puas0030 pada Thursday 02-07-2009 22:19
(Info Anggota | Kirim Pesan)

Salam semua....

Saya ahli baru di web cik zul nie...selama pembelajaran saya tentang sistem admin ,sebenarnye masih ada cara untuk menjadikan versi cetak rompak kepada versi ori...hampir 3 tahun saya telah mempratikkan perkara tersebut dan alhamdulillah berjaya sehingga kini. Saya dapat update semua microsoft punya produk...

Peringatan!!!

"Teknik ni saya hanya akan berkongsi dengan saudara Islam sahaja dan tolong jaga amanah saya ini jangan sehingga jatuh ketangan orang bukan Islam"

Hubungi saya di blog http://accesscentre0030@blogspot.com atau http://bukitbesarreunion.blogspot.com atau email: antiehovtec@yahoo.com.my



hdr hdr hdr
Valid HTML 4.01 Transitional Valid CSS! Valid HTML WDG [Valid RSS] [Valid Atom 1.0]
All trademarks and copyrights held by respective owners. Member comments are owned by the poster.
All the rest © 2004-2006 ZULKIPLY HARUN.

Copyright © 2005 by Francisco Burzi.
This is free software, and you may redistribute it under the GPL.
PHP-Nuke comes with absolutely no warranty.

Top 100 PHPNUKE

Penjanaan halaman: 0.42 Saat
NukeMalaysia by Zulkiply Harun

Add to My Yahoo! Add to Google Add To My MSN Subscribe in NewsGator Online xml-rss
[Valid RSS] [Valid RSS] [sitemap] [mcafee]
§§ Theme Athena for PHPNUKE by LPZH