 |
Perang Browser |
 |
Dikirim pada Friday 19-05-2006 14:18 oleh administrator |
Pertama kita bercakap dahulu tentang Sejarah Browser. Ia
bermula dengan ciptaan seorang pelajar Universiti Illinois, Amerika
Syarikat, bernama Marc Andreessen dibantu oleh Eric Bina di NCSA untuk
menghasilkan Mosaic sekitar tahun 1992.
Apabila Marc
Andreesen tamat belajar di Universiti Illinois, beliau meninggalkan NCSA pada
1993 dan menghasilkan Mosaic Netscape pada 1994. Pada ketika itu muncul juga
browser-borwser lain selain Netscape 1.0 seperti Cello, Konqueror,
Lynx dan Opera. Netscape terus berkembang dengan versi
2.0 dan muncul pula Internet Explorer 1.0 yang didatangkan dengan Windows
95.
Browser Mosaic
Saya pada masa itu belum lagi mempunyai line internet. Maklumler nak jadi ahli Jaring mahal waktu itu dan sebuah modem yang berkelajuan 9.6 kilobits per saat berharga hampir RM400 (berbanding sekarang 56kb dengan hanya RM30). Tapi kerana keinginan untuk tahu tentang apa internet ini, saya beli juga modem yang mahal tu bernama Longshine dan saya mula meneroka satu demi satu lamanweb yang tak banyak masa tuh menggunakan browser Internet Explorer, Mosaic, Netscape dan Cello. Itu pada penghujung 1995.
Cello
Netscape Navigator

Netscape versi 3.0 pada masa itu mendominasi pasaran browser. Ia menguasai lebih 80% pengguna internet. tetapi penguasaan Netscape tidak lama. IE muncul dengan ciri-ciri baru yang pada versi 3.0 dan 4.0 yang didatangkan dengan Windows 98.
Internet Explorer 2.0

Netscape Communicator 4.75 muncul tapi tak cukup kuat untuk menandingi IE pada masa itu. Opera datang dengan versi baru. Saya suka Opera masa itu sebab banyak bookmark yang dah siap dan ada tab browsing. Netscape 6.0 muncul tetapi masih banyak kelemahan dan ia kelihatan hampir mati!

Windows ME muncul dengan IE 5.0 diikuti IE 6.0 dalam Windows XP dan menguasai lebih 90% penggunaan browser.
Mozilla Firefox

Internet Explorer 6.0
AOL yang membeli Netscape dengan harga US10 Billion memberhentikan pekerja-pekerja di dalam projek open source Mozilla pada 2003. Kumpulan ini membangunkan Mozilla Foundation dan berjaya menghasilkan Mozilla Application Suite (nama lainnya SeaMonkey) satu set aplikasi yang mengadunkan browser, email, berita, komposer lamanweb dan chat. Mozilla kemudian mewujudkan kumpulan untuk menghasilkan standalone browser bernama Firefox. Firefox mempunyai pelbagai ciri menarik yang ada diantaranya tidak terdapat pada IE 6.0 seperti tab browsing, Carian Google, Theme Manager dan banyak lagi menjadikan ia browser yang semakin mendapat tempat di hati pengguna internet.
Opera yang dahulunya berbayar kini percuma. IE 7.0 yang kini dalam proses kemunculan dengan kedatangan Windows Vista juga mengikuti langkah Opera, Firefox dengan memasukkan ciri Tab Browsing. Dalam diam-diam Netscape yang dimiliki AOL muncul semula dengan versi 8.0 juga mempunyai tab browsing!
Netscape 8.0
Mozilla Suite 1.7.13
Opera 8.54
Pemasangan IE 7.0
Siapakah akan akan keluar sebagai juara di antara Mozilla Suite, Netscape, Mozilla Firefox, Opera atau Internet Explorer 7.0? Sama-sama kita nantikan.
|
|
|
|
|
| |
 |
Related Link |
 |
|
 |
Please take a second and vote for this article: |
 |
Average Score: 5 Undi: 2

|
|
|
|
|
 |
Options |
 |
|
|