Setiap kali jika saya memBuka lebih dari satu browser dan cuba menutupnya, IE akan terkunci, sehingga menjadi mustahil untuk keluar dari Windows sekalipun. Mesej akan memaparkan menyatakan bahawa system resources komputer saya amat rendah -- sesuatu masalah yang belum pernah saya hadapi sebelum ini.
Dan di dalam banyak kes, saya tidak boleh reboot atau shut down malah dipaksa beberapa kali untuk menutup aliran eletrik di plug. Setalah melakukan hal-hal yang lazim, seperti defrag, menimbas virus, membersikah temporary files, membuang cookies, dan sebagainya, saya menelefon pembekal komputer untuk bantuan. Seperti biasa, jawapan mereka, "Awak perlu reformat hard drive dan masukkan semula Internet Explorer."
Setelah memuat-turun Opera saya masih berupaya untuk melakukan kerja-kerja di web,saya melakukan semakan ke atas komputer yang digunakan. Dan saya mula membuat carian di google terhadap masalah Ini.
Saya kemudian memuat-turun
Advanced WindowsCare Personal v2.30 edisi perc uma, satu program yang dikira baik yang mengimbas sistem kita untuk menyemak fail, cookies, dan spyware yang mungkin dimasukkan ke dalam komputer kita sewaktu melawati website-website tertentu atau semasa memuat-turun fail-fail tertentu.
Ia akan menyenaraikan masalah yang ditemui dan memberikan pilihan kepada pengguna samaada hendak membetulkannya atau tidak. Setelah menjalankan program ini untuk kali pertama alangkah terkejutnya saya untuk mendapati terdapat lebih 150 "objects" yang dimasukkan kedalam komputer sayadi dalam tempoh 3 bulan saya menggunakan komputer ini untuk melakukan kerja-kerja dalam talian, dan masalah ini c uma timbul hanya setelah saya memuat-turun Alexa toolbar. Daripada 150 objects yang ditemui, 46 merupakan fail Rootkey yang dimasukkan ke dalam Registry oleh Alexa-- dan kesemua "files" ini memulangkan data kepada Alexa mengenai tabiat peluncuran web yang saya lakukan.
Sejak dari itu saya terpaksa membuang Alexa Toolbar dari Internet Explorer yang saya gunakan dan saya menyemak
Zul Toolbar. Mujur setakat ini ia tidak mendatangkan apa-apa masalah.