Kirana menulis "Mimpi yang indah pagi itu tiba tiba menghilang bilamana ibuku mengejutkanku dengan wajahnya yang manis. "Nak! Bangunlah sayang. Bukankah hari ini kamu perlu pergi ke sekolah?". Pertanyaan ibu membuatku yang masih terkebil kebil terus bergegas menuju ke bilik air. Burrrr! Deburan air yang diceduk dari perigi terus membasahi tubuhku. Dinginnya air perigi terasa begitu ngilu hingga ke tulang. Selesai sahaja mandi lantas aku terus bersiap mengenakan pakaian sekolah yang berwarna putih serta biru seluarnya. Aku dibedakkan oleh ibu dengan penuh kasih sayang. Sambil disikat rambutku, aku sesekali merenung wajah ibu yang begitu manis dibalik cermin.
"