Tutorial Photoshop
Bahagian 1
MEMASUKKAN FOTO DI DALAM IMEJ PEMANDANGAN
Di tutorial ini kita akan mempelajari bagaimana hendak menampal foto satu
satu imej ke satu imej pemandangan.
Di sini saya menggunakan 2 keping imej iaitu:

Saya ingin meletakkan imej Shamshul Gawgaw di imej pemandangan di
bawahnya.
Caranya:
1. Buka imej shamsul dengan menggunakan Photoshop.
2. Klik ikon quick mask di sebelah kanan

3. Mula "mengambil" imej shamsul menggunakan brush dan di
sebelah kanan di tab swatches, pilih warna hitam. Tentukan juga saiz berus
yang betul di tab brushes.

4. Anda kemungkinan ingin membesar imej shamsul agar mudah
untuk di lakarkan. Pilih kanta pembesar dan klik di atas imej.

5. Mulalah mengambil gambar shamsul dengan brush. Semasa di
dalam mode ini, setiap apa yang kita ambil dia akan menjadi merah yang
transparent. Sdra mungkin terpaksa ubah bentuk brush dari kecil ke besar,
besar ke kecil untuk pastikan ketajaman ambilan itu terutama di bahagian
tepi imej.

6. Setelah siap, klik ikon standard mode di kiri ikon quick
mask mode seperti rajah dalam no 2
7. Kemudian pilih Select -> Inverse. kita akan dapati hanya
foto shamsul sahaja akan terpilih tanpa latarbelakang putih itu.

8. Sekarang pilih Edit -> Copy.
9. Pilih imej pemandangan dan di sini anda pilih edit ->
Paste

10. Ada kemungkinan anda perlu mengedit sedikit menggunakan
ppikon pensil (menggantikan brush) terutama untuk mengedit bahagian tepi
foto supaya ia kelihatan bersih dari kesan tampalan.
|