>>  Peta Laman >>  News

ASP LWN PHP


#19 - 0--Administrator--ASP LWN PHP--2006-04-27 20:59:21

ball Apabila membina lamanweb, ASP dan PHP adalah dua bahasa pemprogramman web yang popular. ASP kini telah menemui jalan penghujungnya dan tidak diteruskan lagi. Ia telah digantikan dengan ASPNet yang merupakan satu penyimpangan yang jauh dari bahasa asalnya ASP.

Di dalam tulisan ini saya akan membuat perbandingan tentang ASP dengan PHP. - ASP v. PHP



Kedua-dua ASP dan PHP adalah bahasa yang digunakan untuk membina lamanweb dinamik. Dahulunya sewaktu internet baru diperingkat awal, lamanweb dinamik dibina menggunakan bahasa PERL. Kemudian tiba PHP (PHP:Hypertext PreProcessor) yang diperkenalkan Rasmus Lerdorf disekitar tahun 1994 disusuli dengan perbaikan oleh serentetetan programmer PHP yang lain seperti Zeev Suraski dan Andi Gutmans yang memperkenalkan Zend Technologies pada 1999 membawa kepada perkenalan PHP4 pada Mei 2000. Sehingglah versi terkini iaitu PHP5 yang diperkenalkan pada Julai 2004.




Microsoft yang bagaikan tersentak dengan kelahiran PHP yang dijalankan di mesin-mesin Linux, mewujudkan ASP 1.0 (Active Server Page) pada tahun 1996, ASP 2.0 pada 1997 dan ASP 3.0 pada tahun 2000 untuk dijalankan pada mesin yang menggunakan IIS (Internet Information Services) pada sistem operasi WIndows NT, 2000 dan XP. Dengan pelbagai kelemahan yang wujud di dalam bahasa pemprogramman ASP, ianya digantikan dengan ASPNET pada 2002 (dengan dikenali sebagai ASP Plus dan ASP yang sebelumnya dinamakan ASP Klasik) diekori dengan ASPNET versi 2.0 pada tahun 2005.



Terdapat banyak perbezaan ketara diantara kedua-dua bahasa pemprogramman web ini.



Kos



Untuk menjalankan program ASP seseorang itu perlu memasang IIS di dalam server berplatform Windows yang sememangnya tidak percuma. Berbeza dengan program PHP yang dijalankan di platform Linux, sistem operasi dari sumber terbuka dan ia adalah percuma. Sementara pengkalan data yang digunakan untuk berinteraktif, ASP lebih mahal kerana ia menggunakan MS-SQL atau Microsoft Access (kedua-duanya produk komersial Microsoft) yang perlu dibeli dengan kos yang agak tinggi. PHP menggunakan MySQL, yang boleh diperolehi secara percuma.



Kelajuan



Jika kita membandingkan kelajuan ASP dan PHP, PHP nampaknya berjaya mengatasi ASP. Kod PHP dijanakan lebih pantas dari kod ASP. ASP dibina dengan akitektur berasaskan COM, yang merupakan satu lagi kos tambahan kepada server sedangkan kod PHP dilaksanakan pada ruang memorinya yang tersendiri.



Keserasian Platform



Program PHP boleh dijalankan dipelbagai platform seperti Linux, Unix, Windows dan Solaris manaka;a ASP hanya di platform Windows. Walau bagaimanapun, akhirnya Microsoft terpaksa akur dan memperkenalkan ASP-Apache dipasang di server bagi membolehkan kod ASP dilaksanakan.



Kos Tambahan



Kebanyakan peralatan di dalam PHP adalah percuma kerana PHP adalah sumber terbuka dan banyak kodnya boleh ditemui di pelbagai site. PHP mempunyai ciri terpasang seperti ftp, email dari lamanweb, malah mekanisma encryption, tetapi di dalam ASP ciri-ciri tersebut tidak sedia terpasang beberpaa komponen tambahan diperlukan . Justeru itu, tambahan komponen ini merupakan satu lagi tambahan kos.



Bahasa Asas



PHP di asaskan kepada bahasa C++ dan sintaks yang digunakan di dalam PHP hampir menyamai C/C++. C/C++ merupakan bahasa pemprogramman terbaik dan tentunya PHP lebih mesra-programmer. ASP pula mengandungi sintaks yang lebih mirip kepada Visual Basic (yang juga merupakan produk komersial Microsoft).



Sambungan Pengkalan Data



PHP, yang amat fleksibel, boleh disambungkan kepada pelbagai jenis pengkalan data, yang paling popular ialah MySQL. ASP menggunakan MS-SQL dan Microsoft Access.



Rumusan



Kedua-dua bahasa mempunya keistimewaan yang tertentu kepada pengguna yang tertentu pula. Ada yang beralasan menyatakan bahawa kedua-dua bahasa mempunyai darjah kepentingan masing-masing yang bergantung kepada keperluan seseorang pengguna serta pemakaian platform yang dipilih. Jika kita membicarakan misalnya pembinaan satu site forum, maka ASP tidak kurang juga hebatnya dengan PHP, tetapi ramai pula meletakkan PHP lebih baik dari ASP. Jika seseorang pengguna merancang membina aplikasi e-commerce, maka ASP adalah pilihan yang ideal. Ini tidak bererti PHP tidak mampu memberikan penyelesaian yang baik terhadap aplikasi e-commerce, tetapi adalah kerana ramai yang telah memilih ASP dengan sebab-sebab yang merlukan lebh banyak kajian dan penyelidikan.



--comments-->15--2985--16


ATTENTION! You are now viewing the Sitemap!
We strongly suggest you to visit the original website

Search in Web

Valid HTML 4.01 Valid CSS