>>
Peta Laman
>>
News
Atasi Amaran Windows
#20 - 0--administrator--Atasi Amaran Windows--2006-05-02 20:21:41
This copy of Microsoft Windows XP is not genuine - bagaimana melepasinya dan menghilangkan amaran itu?
Di dalam
tulisan yang lalu, saya ada menyiarkan laporan mengenai usaha Microsoft untuk menjejaki pengguna perisian Windows cetak-rompak seperti yang tersiar di akhbar The Star pada (25/04/2006) . Saya menerima sekurang-kurangnya 7 email melaporkan bahawa komputer mereka telahpun menerima tampalan tersebut. -

Kini terdapat cara untuk mengatasi masalah tindakan Anti-Cetakrompak Microsoft - Peringatan Kelebihan Windows Tulen
(Windows Genuine Advantage Notifications) yang memperingatkan pengguna Windows dengan
mesej popup jika didapati anda menggunakan perisian Windows yang tidak tulen ini
Bukan itu sahaja, komputer yang terkena dengan peringatan Microsoft melalui Mesej Popup di atas akan juga mendapati satu tampalan di bawah penjuru sebelah kanan skrin komputer mereka yang mana tampalan ini adalah kekal.

Tampalan
WGA Notifications ini akan dipasangkan di dalam komputer jika penguna (dengan sengaja atau kecuaian) mengemaskinikan Windows secara automatik melalui website Windows Update atau jika seseorang pengguna XP memuat-turun secara manual man-mana updates Windows yang terkini.
Berikut ialah saranan yang diperolehi untuk mengatasinya:
Tamatkan proses wgatray.exe di dalam Windows TaskManager dan hidupkan semula Windows XP secara
safe mode (Gunakan kunci F8 semasa memulakan penghidupansemula Windows). Kemudian padam fail-fail berikut:
Padam WgaTray.exe dari c:/windows/system32
Padam WgaTray.exe dari c:/windows/system32dllcache
Mulakan Windows
Registry editor dan
padam folder "WGALOGON" yang terdapat di lokasi berikut:
HKEY_LOCAL_MACHINE/SOFTWARE/Microsoft/Windows NT/CurrentVersion/WinlogonNotify. Padam semua rujukan in dalam registry yang berkaitan dengan WgaTray.exe
Satu lagi alternatif mencadangkan terdapat tiga fail yang terpasang di dalam folder sistem Windows XP iaitu:
WINDOWS/system32/WgaLogon.dll
WINDOWS/system32/WgaTray.exe
WINDOWS/system32/LegitCheckControl.dll

Proses dari wgatray.exe ini yang menjalankan semakan terhadap perisian Windows anda samada tulen atau cetak-rompak. Anda boleh non-aktifkan WGA dengan mengeluarkan bit penjanaan (execute bit) pada WgaLogon.dll. Dengan cara demikian, winlogon tidak berupaya untuk memanggilnya dalam bentuk pakej peringatan semasa booting, dan kerana WgaLogon bertanggungjawab untuk melaksanakan dan memperkemaskan WgaTray.exe, tiada juga lagi mesej popups.

Untuk mengubah bit penjanaan WgaLogon.dll, pertama
matikan "Simple File Sharing". Sekarang klik butang kanan tetikus pada fail berkenaan dan buka
Security Tab. Pilih
butang
Advanced, hilangkan tanda tick pada
"the Inherit box" di bawah, klik butang
Copy, kemudian klik
OK. Lakukan untuk kesetiap user/group yang disenaraikan dan
hapuskan "Read & Execute" permission untuk fail berkenaan, dengan hanya
meninggalkan "Read" permission seperti keadaan asalnya.
Klik
OK untuk melakukan perubahan permission tersebut dan tutup kotak dialog
file properties. Tutup dan hidupkan semula komputer . Anda sekarang boleh gunakan semula
"Use simple file sharing", jika anda mahu.
Alternatif ketiga mencadangkan pengguna membersihkan isi fail data.dat yang terdapat di lokasi berikut:
C:/Documents and Settings/All Users/Application Data/Windows Genuine Advantage/data
Kemudian simpan
data.dat sebagai satu fail kosong dan tukar attribut menjadi
"Read Only" - dan hidupkan semula komputer anda. Atau mulakan komputer dalam Safe Mode dan hapuskan fail-fail berikut dari folder Windows/system32- wgalogon.dll spmgs.dll wgatray.exe Fail setup WGA ialah di dalam
C:/WINDOWS/SoftwareDistribution/ Download6c4788c9549d437e76e1773a7639582a
Jika anda tidak menggunakan
"Fast User Switching", anda boleh non-aktifkan Skrin Alu-aluan Windows XP jika anda logged in sebagai
Administrator. Ini akan menghapuskan Skrin Amaran WGA:
1. Klik pada
Start -> Control Panel ->User Accounts
2. Klik "
Change the way users log on or off"
3. Hilangkan tick pada "
Use the Welcome Screen" - Pilih
Apply
4. Tutup tetingkap
User Accounts dan
Control Panel
5. Selepas anda reboot komputer anda, petak login klasik akan digunakan.
Untuk menggunakan Fast User Switching, anda mesti juga aktifkan pilihan
Use the Welcome screen. Juga, Fast User Switching tidak boleh digunakan jika Offline Files diaktifkan.
Namun semua di atas masih diperngkat eksperimen dan belum ada jaminan ia akan berjaya sepenuhnya. Sementara itu Microsoft tidak mahu tunduk kepada pemecah kod (crackers) kali ini dan merancang untuk mengeluarkan update terhadap utiliti WGADiag2.exe dalamasa beberapa hari lagi

WGADiag2 juga akan membetulkan masalah dengan keizinan registry key permissions yang menyebabkan pemasangan Windows Genuine Advantage Notifications KB905474 gagal pada Windows Update:
Berikut ialah pembetulan manual dari Microsoft. Permissions ini boleh dibetulkan menggunakan Registry Editor sepeti berikut:
1. Klik
Start, kemudian klik
Run
2. Di kotak
Open, taip regedit, dan klik
OK
3. Klik
HKEY_CLASSES_ROOT untuk mengembangkannya
4. Cari subkey
HKEY_CLASSES_ROOTLegitCheckControl.LegitCheck
5. Klik dengan butang kanan tetikus pada subkey itu dan pilih
Permissions….
6. Pastikan Administrators diizinkan
Full Control permissionbr>
7. Ulangi langkah 3-6 untuk subkey
HKEY_CLASSES_ROOTLegitCheckControl.LegitCheck.1
Ada satu jalan yang mudah lagi dari seroang sahabat bernama da^hype
Buka notepad dan taipkan koding ini
"%windir%system32wgatray.exe /u"
reg delete "HKLMSOFTWAREMicrosoftWindows NTCurrentVersionWinlogonNotifyWgaLogon" /f
del /f /q "%windir%system32wgatray.exe"
del /f /q "%windir%system32dllcachewgatray.exe"
del /f /q "%windir%system32WGAlogon.dll"
del /f /q "%windir%system32dllcacheWGAlogon.dll"
rmdir /s /q "%windir%SoftwareDistributionDownload6c4788c9549d437e76e1773a7639582a"
pause
Simpannya sebagai
WGAfix.bat Pastikan semasa simpan pilih jenis
"All files", jika tidak nanti dia akan jadi
WGAfix.txt.
Selepas itu dwiklik fail itu, dan satu command prompt akan dibuka. Biarkan koding tadi run. Setelah selesai terus restart pc.
Sepatutnya OK.
Terjemahan dan diubahsuai dari SINI. Maklumat dari Bukitbesi.
--comments-->23--6686--17