>>
Peta Laman
>>
News
Alternatif Kepada Internet Explorer
#27 - 0--administrator--Alternatif Kepada Internet Explorer--2006-05-22 23:03:15

IE 7.0 telah masuk ke peringkat ujian beta kedua. Saya tidak berharap
bahawa peluncur internet akan menggunakan E7.0 ini kerana untuk
memperolehi IE 7.0 anda perlu mempunyai perisian Windows yang
TULEN.
Pada hujung minggu lalu, saya berkesempatan menguji beberapa browser. Selain dari menguji
Netscape 8.0, Opera 9.0, Mozilla dan Firefox terkini, saya berkesempatan menguji beberapa browser yang menggunakan
enjin IE dan mempunyai ciri-ciri menarik seperti
TAB BROWSING, ADD BLOCKER, ROBOFORM dan sebagainya. Browser yang diuji ialah
Maxthon, SlimBrowser, Avant Browser dan K-Meleon.
-
MAXTHON
Browser
Maxthon ini amat menarik
perhatian saya. Oleh kerana saya suka meluncur banyak website secara
serentak, maka saya amat selesa dengan ciri tab browsing yang ada pada
Maxthon.
Kita boleh membuka beberapa website secara serentak dengan menggunakan
tab dan tab-tab ini boleh pula disusun mengikut kehendak kita samada
sejajar, cascading, melintang atau menegak.
Selain itu, Maxthon menawarkan beberapa
"skin" yang menarik dan saya memilih
Noia yang biasa saya gunakan di Firefox.Ia menggunakan
resource yang sedikit berbanding browser-browser lain. Saya melihat kepada
Windows Task Manager dan benar ia hanya menggunakan tidak sampai
15,000K memori yang pada masa yang sama
IE telah menjangkau 30,000K dan
Firefox 50,000K.
Maxthon ini juga dilengkapi dengan beberapa plugin menarik. Di samping
itu terdapat Utiliti Luaran yang boleh dipanggil melalui browser ini
seperti
My Computer, Add/Remove Program, Notepad, Paint dan Regedit. Terdapat juga sebuah ikon kecil di bawah bernama
Simple Collector yang membolehkan kita membuat catatan ringkas mengenai website yang dilawati seperti fungsi
clipboard dan boleh disimpan. Kita boleh mendapat malumat
Whois dan
Alexa Rating sesuatu
website dengan hanya mengklik butang kanan tetikus. Selain itu Maxthon
membenarkan kita melayari lamanweb dengan selamat daripada dikesan
(menggunakan
Anonymizer).
Auto-refresh terpasang di browser ini. Kita boleh
tentukan berapa masanya (dalam ssat) sesuatu tab itu akan direfresh
semula. Ini akan menyebabkan kita dapat membaca kiriman-kiriman terbaru
di dalam foum, shoutbox dan lain-lain secara automatik tanpa perlu
refresh secara manual.
ZDNET, Nonags dan Softpedia masing-masing memberikan
5 bintang kepada browser ini.
SLIMBROWSER
Saya juga menguji
SlimBrowser. Ia mempunyai ciri yang hampir sama dengan Maxthon di atas.
SlimBrowser sekarang diedarkan secara percuma. Ia sebuah browser yang amat cepat dan berupaya untuk membuka sehingga
180 website di dalam satu masa!
Selain itu Slimbrowser di lengkapi dangan fungsi
Site Filter dan fungsi
Carian dari pelbagai sumber.
Auto-refresh juga disediakan sebagai satu plugin siap-terpasang.
Sama seperti Maxthon, kita boleh terus mendapatkan maklumat
Whois dan Alexa Ranking tentang sesuatu website dengan hanya memilih dari menu butang kanan.
Dan yang paling saya suka tentang Slimbrowser ini ialah "skin"nya yang menarik..
AVANT BROWSER
Saya juga sempat menguji
Avant Browser. Saya tertarik kepada dakwaannya sebagai Avant Browser is
"the fastest web browser on Earth".
Setelah mencubanya, saya tidak hampa. Benar ia cepat. Fungsi-fungsi
yang ada pada Maxthon dan Fastbrowser di atas juga dimiliki oleh Avant.
Ia membolehkan tab browsing, cascade, horizontal dan vertical. Kalau
Maxthon dan Fastbrowser menjadikan
Google sebagai enjin pencari mantap, maka Avant memilih
Yahoo.
Satu perkara yang menarik di browser ini ialah ciri
keselamatannya.
Ia tidak membenarkan sebarang program, skrip atau kod yang melalui
browser ini di website-website tertentu untuk mengakses komputer kita.
Selain itu terdapat fungsi
Safe Recovery dimana jika
browser tertutup dengan sendiri sewaktu kejadian cemas, maka website
yang terkahir kita layari akan disimpan dan dipaparkan apabila kita
membuka semula Avant ini.
Ia juga mempunyai
skin, malah mempunyai
Skin Makernya sendiri. Terdapat lebih 20 skin yang tersedia untuk dipilih. Dilengkap dengan ciri
Auto-Refresh yang amat berguna. Saya menggunakan Avant Browser ini mengantikan IE.
K-MELEON
K-MELEON adalah sebuah web browser yang ringan yang diasaskan kepada
Gecko (enjin yang terpakai di Mozilla), amat laju dan mempunyai antara-muka yang boieh diubahsuai. K-Meleon di bina dengan akitektur
plugin yang amat berkuasa yang mengizinkan kita menambah plugin menikut selera dan keinginan kita.
K-Meleon dikeluarkan dibawah lesen
GNU General Public.
Favorites
kita akan diimpot secara automatik apabila kita memasang K-Meleon.
Sebarang plugin Mozilla plugins (Shockwave, Adobe dll.) boleh berfungsi
apabila ianya disalin ke folder plugin di bawah K- Meleon.
Makros boleh diaktifkan,
non aktifkan dan diubahsuai. K-Meleon membenarkan kita mengawal
cookies. Berkeupayaan untuk mengawal pop-up dan mempunyai tab browsing (dikenali sebagai
layer di dalam K-Meleon) yang baik. Diantara ciri unik layer k-meleon ialah kita boleh panggil semula layer yang dah tersalah tutup.
Skinnya banyak telah dibina dan boleh diperolehi di
SINI.
Pada awalnya saya bermasalah untuk melayari lamanweb yang ada
mengandungi Flash, tetapi setelah mengintall semula Flash Player
terkini dari Macromedia, segala-galanya kini berjalan lancar dan selesa.
Terus terang saya nyatakan bahawa saya amat menyukai K-Meleon ini dan
kini saya menjadikan browser ini sebagai browser utama saya
menggantikan Firefox. Kerana loadingnya dan rendering sesebuah lamanweb
lebih cepat menggunakan K-Meleon berbanding dengan mana-mana web
browser yang lain.
Saya tidak bersendirian dalam hal ini. Baca ulasan orang lain tentang K-MELEON ini di
SINI
Setelah menguji keempat-empat browser tersebut, saya berpendapat bahawa
IE7.0 sudah tidak perlu kerana apa yang IE7.0 tawarkan telah pun ada di
dalam mana-mana browser di atas.
Malah browser seperti
Slimbrowser jauh lebih baik dari IE7.0 yang saya uji
kini. Tak tahulah kerana IE7.0 final edition belum lagi dikeluarkan
hingga saat ini.
Hingga saat ini saya menggunakan Slimbrowser menggantikan IE dan K-Meleon menggantikan Mozilla/Fuirefox. Pilihan
saya adalah berdasarkan kepada kepantasan kedua-dua browser ini,
almaklum kerana saya memang kurang sabar di dalam menunggu
sesebuah lamanweb itu untuk muncul di browser.
Meskipun saya masih gemar Firefox 1.5.0.3 untuk melayari
internet, namun saya tidak dapat menyangkal kehebatan browser-browser
diatas yang menyebabkan saya lebih banyak menggunakan K-Meleon dan Slimbrowser.
Saya kini sedang membaik pulih browser saya
ZUL EXPLORER. Doakan saya berjaya!
--comments-->47--3952--9