>>  Peta Laman >>  News

Mungkin Ya Mungkin Tidak


#6 - 0--Administrator--Mungkin Ya Mungkin Tidak--2006-04-12 01:32:22

ball Ketika diri ku melayang layang

Mencari simpati bantuan seorang insan

Aku disapa oleh seseorang

Seseorang yang tidak ku kenali

Tidak ku ketahui wajah dan bentuknya

Adakah aku mengenalinya?

Mungkin ya, mungkin tidak - Aku meragui kata katanya

Seperti mana aku meragui manusia lain

Adakah aku kelihatan seperti sesuatu yang menagih bantuan?

Sehinggakan menariknya mendekati ku?

Mungkin ya, mungkin tidak



Aku mula mempercayainya

Melalui suara tanpa

melihat rupa dan bentuk

Apakah aku gila mempercayainya?

Mungkin ya, mungkin tidak



Suara dan kata katanya

Membuatkan aku ingin menagih bantuan

Adakah dia sanggup membantu ku?

Dengan keaadaan ku yang compang camping ini

Mungkinkah dia mendekati ku

Hanya sekadar melihat gelagat ku

Mungkin ya, mungkin tidak



Tanggapan ku runtuh

Bantuan di bina di lereng lereng

Runtuhan itu dibinanya sedikit demi sedikit

Membuatkan aku terpegun dengan seni halus mindanya



Aku cuba membantunya membina runtuhan itu bersama

Tapi malangnya aku *****a sekadar berdaya melihat dari jarak jauh

Aku cuba membina dengan runtuhan yang lain

Tapi ternyata binaan ku tidak seindah binaannya

Adakah aku perlu mencuri sedikit mindanya?

Mungkin ya, mungkin tidak



Aku ingin menjadi sepertinya

Seorang pembantu dan pembina yang digeruni

Tapi adakah aku setanding dia?

Binaannya begitu tinggi

Sehinggakan aku melorot ke bawah

Ketika cuba mencapai puncak binaannya

Mungkin dunia ku dan dunianya berbeza

Aku tak mungkin bersebelahan dengannya

Tapi tanpa ku sedari

Tangan ku dicapai

Lalu ku dibawa bersama melayari keindahan di puncak

Sungguh indah mahligai binaannya

Penuh dengan rasa hormat

Rasa bangga, gembira, dan bahagia



Tidak ku sangka

Bukan diri ku sahaja yang dibina

Malahan beribu manusia yang telah siap dibinanya

Semuanya tunduk dan menghormatinya

Dia bagaikan Dewa

Yang membina pelbagai bentuk manusia

Dari pelbagai bahan



Pada ketika itu

Baru ku sedari

Tidak mungkin aku yang sehina mereka ini

Dapat bermegah sepertinya

Aku mula mengecilkan diri

Dan bersembunyi di balik rimbunan manusia yang dibina



Tapi kehairanan ku mula mengelilingi diri ini

Aku ditarik dari rimbunan itu

Aku dihias indah

Aku dilayan penuh hormat

Aku diletakkan ditempat yang penuh dengan kemewahan

Adakah aku juga sebuah hiasan di sini?



Tidak

Rupanya aku diletakkan bersebelahannya

Setiap kegembiraannya di kongsi bersama

Dukanya di pendamkan

Kesakitannya dibiarkan memakan diri sendiri

Mengapa begitu?

Adakah manusia binaanya tidak menghargainya?

Mungkin ya, mungkin tidak



Aku mula bimbang

Dia mula senyap dan nazak di sebelah ku

Sedangkan aku dibina kaku

Aku tidak dapat bergerak

Aku hanyalah patung manusia binaanya

Aku hanya dapat menitiskan air mata dan berdoa

Sesuatu dapat mengelak rohnya terbang jauh



Dengan lemah

Dengan kesakitan

Dia bangkit

Dia memandang ku tanpa mengharap lagi

Hatinya berbisik kepada ku

Dia perlu membina ku dengan lebih indah lagi

Dia beranggapan aku terlalu kaku

Dan tidak mempunyai perasaan



Aku dibina dan terus dibina olehnya

Tanpa menghirau letih, penat, sakit

Dia tetap teruskan usaha utk melihat ku bergerak

Dia benar benar ingin melihat

Agar aku lebih istimewa dari yang lain



Aku cuba memaksa diri untuk bergerak

Tapi aku tak berdaya tanpa bantuannya

Aku ingin bergerak

Aku ingin dia gembira dengan gerakan ku

Aku hanya mahu dia gembira membina ku

Aku mahu dia gembira bersama ku

Aku tidak mahu melihat dia kesakitan lagi

Adakah apa yang aku mahu

Adakah apa yang dia mahu

Akan menjadi kenyataan?

Adakah aku tetap kekal menjadi patung binaanya selama lamanya?

Mungkin ya dengan bantuan dari Tuhan

Mungkin tidak jika Tuhan tidak merestui



-eNi-





--comments-->2--2903--10


ATTENTION! You are now viewing the Sitemap!
We strongly suggest you to visit the original website

Search in Web

Valid HTML 4.01 Valid CSS