>>  Peta Laman >>  News

Microsoft Vista Gantikan Microsoft XP


#7 - 0--Administrator--Microsoft Vista Gantikan Microsoft XP--2006-04-11 12:28:19

ball Belum pun tamat kita menggunakan Windows XP, Microsoft akan melancarkan Windows Vista tidak berapa lama lagi. (Nama kod pertama pada awalnya ialah "Longhorn").

Pengganti Windows XP ini mempunyai pelbagai kelebihan, dari grafik yang menyenangkan mata, aplikasi baru yang pelbagai, dan ciri sekuriti yang lebih mantap. - vistaMicrosoft menyatakan Windows Vista memberikan "personal vista" untuk sesiapa yang menggunakannya. membawa kejelasan terhadap dunia anda, oleh itu anda kini memfokus terhadap apa yang anda ingin lakukan". VISTA ertinya paparan yang menyenangkan.



Setelah pelancaran Windows Vista ini nanti, apa yang pasti ialah Windows XP tidak akan mempunyai sebarang "updates" di lamanweb rasmi Microsoft selepas ini.


Windows Vista ini akan didatangkan dengan 5 versi berbeza.



vistaMicrosoft menyimpulkan 3C terhadap Microsot Vista mereka.


Pertama : Connected (disambungkan) - Windows Vista akan menghubungkan anda dengan sesiapa juga, maklumat dan peralatan dengan cara yang pantas dan terus. Desktop search memudahkan carian seperti Google.


Kedua: Clear (jelas) - samada antaramukanya (interface) ataupun akses ke maklumat di komputer anda. Antaramukanya menggunakan imej bersih laksana kaca berkilauan iatu Aero Glass. Sementara akses ke maklumat di komputer akan lebih dinamik dan lebih selamat.


Ketiga: Confidence (Yakin) - Microsoft mempunyai Anti-Spyware terpasang di dalamnya iaitu Windows Defender menjadikan ia sebuah komputer yang bebas dari ancaman spyware tetapi bukan virus.


Setakat mana kebenaran dakwaan-dakawaan di atas, kita masih menunggu hari pelancarannya.



vistaDari segi pemasangannya, tidak ada apa-apa masalh rumit. Ia dapat mengenal hardware yang terpasang dengan pantas. Memakan masa hampir sejam juga.


Setelah dua kali di reboot, maka terpapar skrin desktop yang seolah-olah disaluti kaca dengan keupayaan paparan 3D.


vistaInternet Explorer 7 telah dikemaskinikan dengan keupayaan tab browsing (diperkenalkan oleh Opera dan kini digunakan pada Firefox).


Windows Media Player turut diperbaharui dan juga sistem pengurusan yang lebih fleksibel.

Microsoft Vista pada hemat saya sememangnya satu pengalaman menakjubkan.


Namun apa yang menjadi persoalan di kepala saya kini ialah, Microsoft menyatakan bahawa projek Vista ini dimulakan beberapa tahun lalu dan menggunakan platform Windows Server 2003 dan bukan platform XP. Ini bererti seolah-olah satu langkah mundur dilaksanakan oleh Microsoft. Sistem operasi Microsoft XP akan menjadi softwer antik dan dimasukkan ke muzium terlalu awal sebelum ada yang sempat menggunakannya. Lebi malang lagi apabila Microsoft mengumumkan bahawa pengguna XP yang sedia ada tidak lagi dibekalkan dengan khdimat sokongan dan kemaskini selepas Vista dilancarkan.


Vista gah pada nama dan iklannya, tetapi ia sebenarnya adalah Windows XP yang berplatform Windows ME. Tidak ada apa yang terlalu hebat pada Vista ini. Windows Mail misalnya kerana hanya penjenamaan semula Outlook Express, dan Windows Defender versi terbaru Microsoft AntiSpyware. Untuk mendapatkan paparan menarik AERO misalnya anda memerlukan kad Grafik keupayaan tinggi.


Walau apa pun kita masih menunggu pelancaran Vista yang dikatakan pada penghujung tahun 2006 ini. Sama-sama kita nantikan!





--comments-->4--4193--17


ATTENTION! You are now viewing the Sitemap!
We strongly suggest you to visit the original website

Search in Web

Valid HTML 4.01 Valid CSS