Tutorial PHP (Bahagian 1)

 

Apa itu  PHP? PHP ialah satu bahasa pemprogramman web digunakan untuk menulis lamanweb-lamanweb yang dinamik. Di dalam tutorial ini anda akan mempeljari asas-asas PHP, yang saya andaikan anda telah tahu serba-sedikit bahasa pemprogramming yang tak perlu saya huraikan secara terperinci.

Tutorial PHP ini dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian I akan menerangkan perkara-perkara berikut :

Bahagian II akan menjelaskan tentang :

Sebelum memulakan tutorial PHP, pastikan PHP telah siap terpasang di komputer anda Jika belum, anda perlu meneliti Tutorial mengenai Pemasangan PHP dan MySql di sini. Tutorial ini akan meliputi  kod-kod arahan PHP4 dan bukan PHP3 atau PHP5.

 

Sebelum memulakan tutorial ijni juga pastikan anda mempunyai Teks Editor yang baik untuk penulisan kod-kod PHP anda.Selain Notepad, anda boleh memuat-turun salah satu dari Editor Teks berbahasa Malaysia berikut:-

MEMULAKAN TUTORIAL

Membuka dan Menutup Tag PHP 

Untuk membuka sebuah blok  kod PHP di dalam sesebuah halaman, anda boleh menggunakan mana-mana cara di bawah ini

Tag Pembuka Tag Penutup
<? ?>
<?php ?>
<% %>
<script language="php"> </script>

Pasangan yang pertama  (<? and ?>) dikenali sebagai tag ringkas. Namun anda perlu menghindari menggunakan tag sebegini di dalam aplikasi anda lebih-lebih lagi jika anda perlu menggunakan server-server atau pelayan di tempat lain selain komputer anda.  Ini adalah kerana tag ringkas sebegini jarang diterima atau didokong oleh server. Tag ringkas sebegini cuma digunakan untuk membuat penetapan nilai short_open_tag di  On pada konfigurasi PHP di dalam fail php.ini.

Oleh itu,untuk kesemua kod PHP yang akan digunakan di tutorial ini ialah pasangan yang kedua,
  <?php and ?>.

Sekarang, untuk permulaan kita akan cipta  hello.php ( anda boleh gunakan notepad atau Word Pad ) dan simpan di dalam C:\Inetpub\wwwroot\.  jika anda menggunakan IIS.Jika anda menggunakan Apache, simpan di Apache\htdocs kemungkinannya C:\Program Files\Apache Group\Apache2\htdocs.  

<html>
<head>
<title>Halaman PHP Pertama Saya</title>
</head>
<body>
<?php
echo "<p>Apa khabar dunia, bagaimana anda sekarang?</p>";
?>

</body>
</html>

Untuk melihatnya anda perlu membuka browser dan taipkan http://localhost/hello.php atau http://127.0.0.1/hello.php. Anda akan melihat seperti ini.

 

Contoh di atas menunjukkan bagaimana memasukkan kod PHP ke dalam fail HTML. Ia juga menunjukkan kenyataan "echo"  digunakan untuk mengeluarkan satu "string" (barisan perkataan). Perhatikan kenyataan echo ditutupi dengan koma bernoktah ( ; ). Setiap arahan di dalam PHP mesti diakhiri dengan koma bernokta ini. Jika anda terlupa atau tersilap misalnya anda menggunakan titik bernoktah ( : )  selepas sesuatu arahan anda akan mendapat mesej ralat seperti berikut:

Parse error: parse error, unexpected ':', expecting ',' or ';' in c:\Apache\htdocs\examples\get.php on line 7

 

 

Komen

Komen (comment) adalah bahagian kod PHP yang tidak akan ditafsir oleh enjin PHP. Anda boleh mengggunakannya untuk menulis dokumentasi skrip PHP anda tentang perilaku skrip berkenaan. Sesebuah komen mungkin sebaris atau beberapa baris.

PHP mendokong tiga jenis kod komen :

  1. //
    Ini adalah untuk komen sebaris
  2. #
    Namanya ialah "komen stail Unix shell".  Ia juga untuk komen sebaris.
  3. /* ..... */
    Jenis begini ialah untuk komen lebih sebaris.

<?php
echo "Baris pertama <br>"; // Anda tidak akan melihat ini di output
// Saya adalah komen baris

/*
Sama juga di sini, anda tidak akan melihat
apa-apa di sini
*/
echo "Komen di atas mengambil dua baris<br>";

# Hi saya pula ialah komen stail Unix shell
# Pun anda tidak dapat meilhatnya
echo "Lihat sumber, di baris ini tiada apa-apa kod komen. <br>";
?>

Simpan sebagai komen.php di c:\Inetpub\wwwroot  dan lihat di browser dengan menaip http://localhost/komen.php

Angkubah

Angkubah di dalam  PHP diwakili dengan tanda $ diikuti dengan nama angkubah. Nama angkubah adalah sensitif huruf , oleh itu $myvar berbeza dengan $myVar.

Nama angkubah yang sah bermula dengan satu huruf atau palang bawah (underscore), diikuti dengan beberapa huruf, nombor atau palang bawah.

Contoh :

<?php
$myvar          = "Hello";     // sah
$yourVar_is-123 = "World";     // sah
$123ImHere      = "Something"; // tak sah, sebab bermula dengan nombor
?>


Skop Angkubah

Skop sesuatu angkubah ialah konteks dimana ianya didefinasikan. Anda tidak boleh mengakses sesuatu angkubah yang didefinasikan di skop yang berbeza.

Skrip di bawah tidak akan menghasilkan apa-apa output kerana fungsi Test() tidak mengisytiharkan angkubah $a . Kenyataan echo mencari versi setempat terhadap angkubah $a , dan ia tidak diberikan nilai di skop ini. Browser tidak akan memaparkan apa-apa output, atau kemungkinan akan mengeluarkan output ralat.

<?php
$a = 1; // $a is a global variable

function Test()
{
   echo $a; // try to print $a, but $a is not defined here
}

Test();
?>

Jika anda perlukan angkubah global (angkubah yang didifinasikan di luar skop fungsi) anda perlu menggunakan istilah $global di permulaan angkubah. Cuba salin dan simpan kod di bawah dan namakannya sebagai angkubah.php. Kemudian lihat di dalam browser.

 

<?php
$a = 1; // $a didefinsasikan di dalam skop global ...
$b = 2; // $b juga begitu
function Sum()
{
global $a, $b; //perhatikan ada global di depan angkubah
$b = $a + $b;
}

Sum();
echo "nilai baru b ialah $b";
?>

 

PHP Superglobals

Superglobals adalah angkubah yang boleh didapati di mana-mana kod program. Ia adalah:

  • $_SERVER
    Angkubah ini ditetapkan oleh pelayan web . Salah satunya ialah $_SERVER['REMOTE_ADDR'] yang digunakan untuk mengetahui alamat IP pengunjung. Salin dan simpan kod di bawah sebagai ip.php dan kemudian lihat di browser.

     
    Alamat IP komputer anda ialah: 
    <?php
    echo $_SERVER['REMOTE_ADDR'];
    ?>
  • $_GET
    Angkubah dimuatkan ke dalam skrip PHP melalui HTTP GET. Anda boleh menyediakan anglkubah GET ke dalam skrip PHP dengan mengubahsuai urlnya seperti ini : http://localhost/nama.php?nama=Zulkiply&rakan=Zulaikha
    atau tentukan satu "form method" seperti method="get"

     
    <?php
    echo "Nama saya ialah {$_GET['nama']} <br>";
    echo "Nama rakan saya ialah {$_GET['rakan']}";
    ?>

    $_POST
    Angkubah yang dimuatkan ke dalam skrip PHP melalui  HTTP POST. Ia diperolehi dari brang yang menetapkan method="post"

  • $_COOKIE
    Angkubah yang dimuatkan ke dalam skrip PHP menggunakan HTTP cookies.
  • $_FILES
    Angkubah yang dimuatkan ke dalam skrip PP melalui HTTP post file uploads. Y
  • $_ENV
    Angkubat yang dimuatkan ke dalam skrip melalui persekitaran yang wujud.
  • $_REQUEST
    Angkubah yang dimuatkan ke dalam skrip melalui mekanisma input GET, POST, dan COOKIE , dan oleh itu masih belum sah. Lebih baik menggunakan $_POST or $_GET dari skrip anda daripada menggunakan $_REQUEST jadi anda boleh tahu bahawa ia datang dari POST atau GET.
  • $GLOBALS
    Mengandungi rujukan ke setiap angkubah yang terdapat di dalam skop global skrip .

 

Jenis

PHP mendokong lapan Jenis yang primitif.

Empat jenis skala:

  • boolean : menyatakan nilai benar, TRUE atau FALSE. Sebarang angka bukan kosong dan string yang kosong akan juga dikira TRUE.
  • integer :angka bulat : (-5, 0, 123, 555, ...)
  • float : nombor apung atau 'double' (0.9283838, 23.0, ...)
  • string : "Apa khabar", "PHP dan MySQL", dsbnya


Dua jenis ganda:

  • array
  • object

Dan dua lagi jenis istimewa:

  • resource ( satu contohnya ialah return value dari  fungsi mysql_connect()  )
  • NULL

 

Di dalam PHP sesuatu  array boleh mengandungi kunci numerik, kunci assosiatif atau kedua-duanya. Nilai sesuatu array boleh terdiri dari apa-apa jenis. Cuba lihat di bawah dan salinserta simpan sebagai array.php..

<?php
$nombor = array(1, 2, 3, 4, 5, 6);
$umur = array("ibu" => 45, "pop" => 50, "bro" => 25);
$campuran = array("hello" => "Sabahat", 2 => "Ia adalah dua");

echo "nombor[4] = {$nombor[4]} <br>";
echo "Umur ibu ialah {$umur['ibu']} <br>";
echo "campuran['hello'] = {$campuran['hello']} <br>";
echo "campuran[2] = {$campuran[2]}";
?>

Bila menulis kod arrays terdapat 1 fungsi yang sering saya gunakan.- iaitu fungsi print_r(). Fungsi ini akan mencetak nilai-nilai di dalam satu format yang menunjukkan kunci dan elemen.

<?php
$myarray = array(1, 2, 3, 4, 5);
$myarray[5] = array("Hi", "Hello", "Faridah", "Apa Kabar");

echo '<pre>';
print_r($myarray);
echo '</pre>';
?>

Lihat tag <pre> dan </pre> sebelum dan selepas fungsi print_r().


Di dalam tutorial berikutnya kita akan meninjau "strings", struktur kawalan, fungsi dan borang.

 

 

Memasang PHP dan MYSQL Tutorial PHP dan MYSQL:
Tutorial PHP - Bahagian 1
Tutorial PHP - Bahagian 2

 

 
Segala usaha telah dilakukan untuk menterjemahkan istilah-istilah Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Malaysia, namun masih banyak lagi istilah yang Bahasa Inggeris yang terpaksa dikekalkan untuk kefahaman kerana kod-kod bahasa pemprograman komputer masih menggunakan Bahasa Inggeris.
 

 



HakciptaŠ 2004 - 2007 http://zulkiplyharun.com

Keseluruhan Tutorial ini boleh di dapati dalam fail zip di bahagian Muat-turun di LPZH